Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi makna sesama muslim. Banyak pembaca yang merasakan bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.
Friday, May 27, 2011
Menyukat Solat Diri
Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.
Bertemu Janji Allah - Siri 2
Membicarakan alam akhirat adalah percubaan untuk menjangkau segala yang misteri di belakang tabir keduniaan. Tiada siapa yang layak untuk membimbing segala apa yang terkandung di alam itu melainkan apa yang di khabarkan oleh Pemilik, Pencipta dan Penguasanya melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi-Nya. Tanpa pergi terlalu jauh, dalam pengertian wahyu yang terkandung di dalam surah al-Fatihah ayat 4 sahaja, kita sudah dipandu dengan sebuah proklamasi berbunyi, “Dialah (yakni Allah) penguasa hari akhirat.” Mungkin William Shakespeare juga termakan dengan tempias firman Allah ini dengan kata-katanya yang pernah direkodkan di dalam skrip teaternya King Henry V111 3 berbunyi, “heaven is above all yet; there sits a judge that no king can corrupt.”
Bertemu Janji Allah
Buku ini memfokuskan sorotannya kepada persoalan akhirat. Ia mengajak kita untuk cuba menjenguk misteri alam akhirat berpandukan wahyu yang diterima oleh Nabi besar Junjungan kita Muhammad SAW.
Buku setebal 190 halaman yang mengandungi 38 bab ini cukup jujur memunggah apa saja yang berkaitan dengan alam yang sama-sama kita akan berada tidak lama lagi. Dengan perbincangan Mashyar yang detail, buku ini mengembangkan sayap rahmahnya kepada hal-hal yang menyentuh persoalan berkaitan kehidupan seharian di dunia, yang mana akan di bawa ke Mahsyar.
Belajar Dari Perang Uhud
Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, strategi teratur bagi menghadapi kekalahan.
Kekalahan. Itulah kalimat yang tepat untuk menggambarkan keadaan umat Islam ketika ini. Nyaris di setiap sudut bumi, umat Islam ditindas. Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara,
Belajar Dari Perang Khandaq
Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)