Sunday, May 22, 2011

Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran



Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dua orang puterinya iaitu Ruqayah dan kemudiannya Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia.
Uthman Affan antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan silat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia.

Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam


Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk,

Travelog Haji + VCD



Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Travelog Cinta Abadi



Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-

Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -

Tok Janggut


Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq



Putera Haziq tidak pandai bermain bola sepak. Dia diejek kawan-kawannya di sekolah. Hinggakan dia tidak mahu ke sekolah kerana malu. Salah satu syarat wajib di sekolahnya adalah para pelajar mesti pandai bermain bola sepak. Bagi Putera Haziq peraturan itu sangat kejam. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa walau anak raja sekali pun.

Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem



Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib.

Ratib Kekasih Allah



Berzikir mendidik jiwa bagi kebahagiaan dan kesejahteraan.

Tanpa zikir kepada Allah, manusia dikuasai syaitan. Hati mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan sama ada secara sedar ataupun tidak, Allah berkata, "Syaitan menguasai dan mempengaruhi mereka menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah." (surah al-Mujadalah ayat 19). Hanya dengan berzikir kepada Allah, manusia boleh mendapat perlindungan. Manusia perlu sedar, mereka adalah hamba Allah. Jika perlukan perlindungan Allah, maka awasi diri sendiri dan ingati Allah sebanyak-banyaknya. Betapa banyak musibah dan bahaya yang menunggu setiap hari, malah setiap masa kita terus membiarkan diri terdedah dengan bahaya dan dosa. Hanya dengan mengingati Allah, Dia menyelamatkan kita daripada semua mara bahaya.

Ratib Kekasih Allah adalah himpunan wirid dan zikir yang selalu diamalkan oleh para kekasih Allah di kalangan para ulama dan wali Allah. Mengandungi terjemahan bagi menambah penghayatan, panduan dan kelebihan mengamal wirid-wirid yang dimuatkan. Turut disertakan CD audio bagi membantu pembaca mengikuti bacaan wirid pada setiap masa.

Puteri Damia & Kawan-kawan Ajaib


Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.


Penulis : Ida Munira Abu Bakar
Kod Buku : PTSB1020
Harga : RM25.90

Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib



Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.

Penulis : Aliff Danial
Kod Buku : PTSB1019
Harga : RM21.50

Menjadi Pemimpin Super



PEMIMPIN adalah individu yang mempunyai kebolehan memimpin individu lain. - PEMIMPIN BERJAYA terlebih dahulu perlu berjaya memimpin diri sendiri sebelum berupaya memimpin individu lain. PEMIMPIN SUPER adalah individu yang berkebolehan memimpin diri sendiri dan individu lain ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Rahsia kekuatan MENJADI PEMIMPIN SUPER diselidiki dengan mendalam melalui prinsip Kubik Leadership, bagi memastikan kita mampu menggunakannya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana, dunia yang kita hidup sekarang masih belum mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang kita hadapi. Ibarat ubat bius yang diberikan, ia hanya dapat menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. Buku ini menawarkan essential solution yang lebih mudah dan menyasarkan terus pada akar permasalahan serta menyembuhkan penyakitnya. Kubik Leadership berkongsi rahsia alam dan kehidupan, dalam bentuk rumusan yang mudah. Apabila kita mempraktikkan langkah demi langkah, kejayaan dan kecemerlangan hidup dapat dimiliki! Prinsip ini juga memberi pencerahan baru dengan:– Menerangkan tugas kita sebagai Gardu EPOS – Prinsip To Be, To Have dan Valensi dalam diri kita.

Menggabungkan Prinsip Tuhan, Prinsip Alam dan Prinsip Manusia. "Buku ini melengkapkan perjalanan hidup kita. Apabila membaca buku ini, saya yakin pengetahuan kepimpinan dapat membantu kita memainkan peranan sebagai khalifah di dunia ini dengan lebih baik. Iskandar Zulkarnain, Pesuruhjaya Bank Muamalat Indonesia "Pemimpin dilahirkan dan dibentuk. Mereka tampil sebagai pemimpin melalui berkat usaha, tahap pendidikan, proses pembelajaran, dan bakat kurniaan Tuhan. Buku Menjadi Pemimpin Super perlu dibaca oleh semua, terutama bakal pemimpin dan mereka yang sudah menjadi pemimpin." Parni Hadi, Pengarah Utama Radio Republik Indonesia

Penulis : Farid Poniman
Kod Buku : PTSB1018
Harga : RM27.00

Mendidik Anak Perempuan


Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai
yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding
pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-
ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada
hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir,
sehingga mereka berumah tangga kelak.

Kaedah mendidik anak sejak lahir serta amalan-amalan yang baik semasa menyambut
kelahiran anak.
Pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak.
Kaedah ganjaran dan hukuman dalam pendidikan anak.
Cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang
agama.
Mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.
Ilmu-ilmu penting lain dalam mendidik anak perempuan yang jarang diketahui oleh ibu
bapa.

Pastinya tidak rugi memiliki buku yang informatif ini.

Penulis : Abdul Mun'im Ibrahim
Kod Buku : PTSB1017
Harga : RM18.50

Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan



Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.

Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.

Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.

Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.

Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.

Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.

Penulis : Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan, Adha Ameera
Kod Buku : PTSB1016
Harga : RM21.50

Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu



Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.

Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya.

Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati.

Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika.

Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya.

Penulis : Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan, Adha Ameera
Kod Katalog : PTSB1015
Harga : RM25.00

Khalid: Memburu Syahid


Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1014
Harga : RM32.90

Imam Syafie: Pejuang Kebenaran



Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1013
Harga : RM24.00

Imam Maliki: Pengarang Kebenaran



Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.

Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun.

Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al Muwattak, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1012
Harga : RM24.00

Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran



Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1011
Harga : RM24.00

Ikramah: Penentang Jadi Pembela




Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.



Penulis : Abdul Latip Talip
Kod Buku : PTSB1010
Harga : RM 22.90

Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur



Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.

Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Katalog : PTSB1009
Harga : RM24.00

Didik Anak Gaya Rasulullah (H/C)



Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.

Penulis : Prof. Dr. Huzaemah
Kod Katalog : PTSB1008
Harga : RM29.90,

Biografi Muhammad bin Abdullah (H/C)



Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -

Penulis : Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman
Kod Katalog : PTSB1007
Harga : RM 35.00,

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain



Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.

Penulis : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Kod Buku : PTSB1006
Harga : RM 17.50

Andai Syurga Dan Nereka Tidak Ada


Syurga dan neraka ibarat hitam putih kehidupanyang menunjukkan kebaikan dan keburukkan. Kehidupan setiap manusia kelak berakhir sama ada di syurga ataupun neraka. Namun, sejauh mana kita memanfaat dan menghayati erti syurga dan neraka yang sebenar. Adakah semata-mata kerana ganjaran syurga dan takut pada seksaan api neraka kita tunduk patuh pada perintah Allah atau disebabkan keikhlasan kita sebagai hambanya yang beriman.

Andai syurga dan neraka tidak ada membicarakan tentang hakikat ibadah dalam kehidupanseorang muslim. Buku yang pastinya menguji sejauh mana kita menginginkan ganjaran syurga dan neraka, Buku ini menyingkap hikmah di sebalik semua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui amalan-amalan yang kita lakukan.

Penulis : Muhammad Hassan Basri
Kod Buku : PTSB1005
Harga : RM21.90

Alexander Adalah Zulqarnain


"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

Penulis : Muhammad Alexander
Kod Buku : PTSB1004
Harga : RM 35.00

Abu Ubaidah : Penakluk Parsi





Penulis : Abdul Latip Talib
Kod Buku : PTSB1003
Harga : RM 27.90

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah al-Jarrah. Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud,

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.”

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah SAW memberinya gelaran 'Gagah dan Jujur'.

501 Soal Jawab Darah Wanita

Menstruasi atau haid yang lebih dikenali 'datang bulan' merujuk kepada  satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya mengandung. Semasa kedatangan haid, seorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh kesuburan seorang wanita dicirikan dengan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan bagi pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.


Penulis : Rohayati Bakri
Kod Buku : PTSB1002
Harga : RM20.00,

101 Akhlak Rasulullah

Mengapa kita perlu berakhlak mulia? Kata ibu, orang yang berakhlak baik akan disayangi Allah dan rasul-rasulnya. Adik-adik mahu disayangi Allah dan rasul? Mari kenali akhlak-akhlak yang boleh boleh kita contohi melalui buku ini. Akhlak yang baik lahir daripada peribadi yang selalu ingin mencontohi Rasulullah. Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."
Penulis : Rohayati Bakri
Kod Buku : PTSB1001
Harga : RM32.00

Ensk.Dzikir Dan Doa

Di antara ibadah yang paling substansial bagi setiap Muslim adalah dzikir dan doa. Semua jenis ibadah dalam Islam mengandung dzikir dan doa. Semua jenis ibadah dalam Islam mengandung dzikir dan doa; sehingga kedua komponen ini merupakan ruh dan nilai inti dari segala rutintas ibadah yang dilakukan seorang hamba Allah, dalam hari-hari yang sangat terbatas di dunia ini, sejak bangun tidur sampai kembali lagi ke pembaringan, harus dipenuhi dengan dzikir dan doa; agar semua aktiviti duniawi memiliki nilai ibadah kepada Dzat Yang Menciptakannya. Dalam setiap ibadah, disamping harus dilakukan dengan keikhlasan kerana mencari ridha Allah, juga harus mengikutinya sunnah RasulNya. Inilah yang dituangkan oleh al-Imam an-Nawawi dalam kitab ini.Kitab ini, yang judul aslinya adalah al-Adzkar an-Nawawiyah, adalah salah satu kitab yang paling terkenal didunia Islam, hanya saja di antara isinya ada yang dha’if, sangat dha’if, munkar, bahkan ada juga yang maudhu’, sekalipun dalam prosentase yang sangat kecil. Dan disinilah letak kekuatan edisi yang kami terbitkan ini; kerana ditahqiq dan takhrij oleh seorang ahli hadits, salah seorang murid Imam al-Albani, dengan takhrij yang detil dan sarat dengan faidah.Kitab ini adalah potret dari kitab-kitab yang seharusnya menjadi tipikal rujukan seorang Muslim.


Syaikh Amir bin Ali Yasin
TBIN1067/ RM120.00