Tuesday, May 17, 2011

Doa Zikir Harian


Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:
  1. Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
  2. Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
  3. Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
  4. Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
  5. Cetak muka surat isi dengan 2 warna melembutkan mata memandang.
  6. Kulit yang cantik.
  7. Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan, pertunangan, pelajar, sambutan hari ulang tahun atau hari jadi dan sebagainya. 
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1081
HARGA : RM 6.00

Perisai Muslim

Buku ini mengumpulkan bacaan doa dan zikir dari hadis sahih, hasan dan yang mempunyai sanad yang baik dan boleh diamal berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama’ hadis. Ia diterbitkan sepenuhnya dalam tulisan jawi.

Penulis         : Zahazan Mohamed
Kod Katalog  : TBBK 1080
HARGA        :  RM19.90,

Motivasi Pelajar Super


Mendedahkan teknik dan kaedah belajar yang berkesan untuk diamalkan oleh pelajar. Dapatkan jalan pintas ke puncak kejayaan.
Penulis        :  Fadzli Yusof
Kod Katalog :  TBBK 1079
HARGA        :  RM20.00, CP : 6

Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah

Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil stuktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembagan Masjidilharam, cara penyusunan saf di sekeliling Kaabah dan pelbagai lagi.
Penulis : Abd. Basit Abd. Rahman
Kod Katalog : TBBK 1078
HARGA : RM 30.00

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

Buku Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya... dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja’ semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-‘Arifin dan Lisan al-Ulama’ serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani.
Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog :  TBBK 1077
HARGA        :  RM 26.00

Mutiara Pelajar

Buku MUTIARA PELAJAR ini ialah himpunan kata-kata motivasi dari sedutan ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil darinya. Sasaran mutiara ini ialah pelajar dan remaja. Skop persoalan merentasi alam pelajar dan remaja dari mengenal kejadian manusia, cinta Allah dan Rasul, kelazatan beribadah, menghindari diri dari gejala buruk, gambaran syurga dan neraka, motivasi kehidupan, akhlak, sifat mahmudah, hidup bermasyarakat, hakikat cinta, disiplin dan pemakanan hinggalah kepada perancangan dan pengurusan hidup, kepemimpinan, pola berfikir, menangani kegagalan, pengurusan masa dan strategi bertindak.
Penulis         : Prof. Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali
Kod Katalog  : TBBK 1076
HARGA        :  RM20.00

Tadabbur Beginilah Al-Quran Mengajar Kami

Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadila Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.

Penulis        :  Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog :  TBBK 1075
            HARGA        :  RM 20.00,

Hadiah Buat Muslimah

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog : TBBK 1074
HARGA : RM 30.00
 

Zikir Doa & Selawat Popular

Buku DOA, ZIKIR DAN SELAWAT POPULAR ini menghimpunkan panduan untuk beramal melalui doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Buku ini memaparkan sejarah doa para nabi dan rasul yang sebahagian besarnya termaktub di dalam al-Quran.
Soalan seperti bilakah waktu yang mustajab untuk berdoa, bagaimana berdoa dengan menggunakan nama Allah yang Agung atau Asmaul Husna kerap kali ditanya. Buku ini menyediakan segalanya!
Selain itu, buku ini juga memberi panduan untuk beramal di samping menyediakan doa-doa tertentu seperti doa murah rezeki, doa untuk ketenteraman dan kesejahteraan jiwa, doa ketika berhadapan dengan berita sedih serta ketika menghadapi ujian dan kesusahan termasuk mendoakan orang yang ditimpa musibah atau sakit. Untuk kebahagiaan rumah tangga pula disediakan doa untuk suami isteri, doa aktiviti harian, tolak bala dan lain-lain doa mohon keselamatan. Buku ini harus dimiliki oleh semua golongan dari semua peringkat masyarakat. 
Penulis : Mohamad AbdullahAl-Amin
Kod Katalog : TBBK 1073
HARGA : RM 25.90

Syabab Musafir Kasih

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya. 

Penulis         : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Kod Katalog  : TBBK 1072
HARGA        :  RM22.90


Sistem Politik Islam

Buku SISTEM POLITIK ISLAM ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah S.A.W. diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri. Politik Islam bermaksud memerintah dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan sunah Nabi S.A.W. Kalau begitu apakah hukum memerintah sesebuah negara dengan hukum selain daripada hukum Allah?
Penulis : Dr. Khalid Bin Ali Bin Muhammad Al-Anbariy
Kod Katalog : TBBK 1071
HARGA : RM 29.90

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya

Ibadah solat datang terus daripada Allah S.W.T. Ia menjadi modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang solat!
Penulis        :  Rohidzir Rais
Kod Katalog :  TBBK 1069
           Harga       :  RM19.90

Soal Jawab Remeh-temeh Salah Faham Tentang Islam

Hukum-hakam Islam termaktub dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab tulisan para ulama tersohor. Tetapi berapa ramai antara kita yang mampu menguasai bahasa Arab untuk memahamai al-Quran dan hadis. Berapa ramai antara kita yang membeli dan membaca kitab ulama untuk mendapat sumber hukum.
Zaman berubah dan penumpuan manusia sekarang lebih kepada ilmu duniawi dan kontemporari. Akibatnya umat Islam sendiri terpinggir daripada pengetahuan agama Islam untuk diamalkan. Berlakulah salah faham dan akhirnya membenci agama itu sendiri apabila persoalan mereka tidak berjawab.
Penulis : Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK 1068
HARGA : RM 19.90

Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang

IPT merupakan institusi tertinggi pengajian di mana-mana negara di dunia. IPT mempunyai budaya yang tersendiri. Pelajar sekolah menengah belum kenal dengan budaya ini. Buku ini mendedah segalanya.
Ada pelajar yang cemerlang ketika di sekolah menengah kecundang di tangga universiti. Penekanan yang begitu terarah kepada pencapaian akademik kadang-kadang mengetepikan aspek sosial, kerohanian dan emosi. Sesungguhnya keseimbangan dalam perkembangan aspek akademik dan sahsiah membentuk seorang mahasiswa yang cemerlang.
Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1067
HARGA : RM 19.90,

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Ramai orang bercita-cita menjadi usahawan. Kata mereka, "Keusahawanan ialah dunia yang glamor." Anda juga mungkin tidak terkecuali. Kalau pun bukan sekarang mungkin untuk suatu masa yang akan datang.
Buku ini menyediakan kedua-duanya. Kekuatan persiapan awal lebih penting kerana ia akan memberi lonjakan dalam langkah permulaan anda. Ilmu keusahawanan akan memberi jawapan kepada tohmahan, ugutan dan cabaran yang mendatang. Seorang usahawan perlu memiliki hati sekeras batu untuk berhadapan dengan cabaran tersebut tetapi mempunyai perasaan selembut air untuk berhadapan dengan ramai insan yang pelbagai ragam. 
Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1066
HARGA : RM 39.90

Nota Jutawan Nota Motivasi

Kekuatan utama buku ini terletak kepada penulis buku ini sendiri iaitu Dr. Irfan Khari, seorang pakar yang sangat terkenal dalam  dunia Internet. Buku ini secara khusus mensasarkan kepada mereka yang cenderung untuk meningkatkan taraf hidup pada usia yang masih hijau. Ia memberi panduan ke-pada anak muda untuk belajar berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Ia sesuai dijadikan modul untuk bengkel keusaha-wanan serta boleh dijadikan cenderahati kepada para pelajar mahupun anak-anak.

Penulis :  Irfan Khairi
Kod Katalog : TBBK 1065
 HARGA    : RM 39.90

Petua Menangani Stress

Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata.
Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.
Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1064
HARGA : RM 19.90

Solat Sunat Pilihan

Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat.
Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Kod Katalog :  TBBK 1063
HARGA        :  RM 19.90,

101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran,al-hadis...

HAYATUS SAHABAH ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang disampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. Bagi petikan daripada ayat al-Quran, disertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga bagi kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berautentik. 

Penulis : Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1062
HARGA : RM 29.90,

Solat Sunat..Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini

Islam ialah agama kesejahteraan, agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat.
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.
Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1060
HARGA Semenanjung M`sia : RM 29.90
 

Kalau Ya, Katakan Ya!

DR. TUAH menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Peristiwa itu berlaku pada dirinya sendiri mahupun yang berlaku pada orang lain. Daya imaginasinya cukup tinggi. Beliau segera nampak dan menganalisa di sebalik apa yang berlaku. Apa hikmahnya? Apa motivasi yang boleh dipelajari? Kenapa Tuhan jadikan peristiwa itu? Apa manfaatnya untuk pembangunan diri sendiri? Dalam buku ketiga beliau dengan Telaga Biru ini beliau menulis tentang kehidupan, kekeluargaan, jodoh, cinta, rumah tangga, ketuhanan, agama, ibadah, akhlak, keperibadian, semangat kebangsaan, seni, gejala sosial, motivasi diri, ajaran sesat, psikologi, kerjaya, ekonomi, pengurusan, kewangan dan pelbagai aspek lagi.

Penulis         : Dr H.M Tuah Iskandar Al Haj
Kod Katalog  : TBBK 1059
HARGA        :  RM25.90

Strategi Menghadapi Peperiksaan

Buku ini menyingkap segala persoalan mengenai apakah pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh pelajar sebelum, semasa malah selepas menghadapi peperiksaan. Ia turut menyediakan tiptip sebelum memasuki dewan peperiksaan, doa-doa khusus menghadapi peperiksaan, panduan  membuat jadual study yang efektif dan sebagainya. Garapan serta olahan yang umum juga mebolehkan sesiapa sahaja yang bakal berdepan dengan peperiksaan boleh menjadikan buku ini sebagai  panduan yang amat berguna.
Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1058
HARGA : RM 19.90

Indahnya Saat Bersama-Mu

Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, “Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!”

Penulis         : Zahazan Mohamed
Kod Katalog  : TBBK 1057
HARGA        :  RM19.90

Himpunan Hadis Modal Insan 2

HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN 2 adalah sambungan dari HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi (Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan:
  1. Membentuk peribadi dan sahsiah insan: Modal insan, mengenali diri, kemanisan iman, muhasabah diri, sifat-sifat Mahmudah seperti sabar, sifat-sifat Mazmumah seperti panjang angan-angan dan ujub.
  2. Bidang pekerjaan dan kerjaya: Mengenal kekuatan diri, kekuatan hakiki, berhikmah, senyum, diam, jauhi melepak dan gopoh gapah.
  3. Perhubungan sesama manusia: Membalas jasa, menjaga maruah saudara, menjauhi prasangka, isteri solehah, memuliakan tetamu dan kebahagiaan hakiki.
  4. Bidang ekonomi: Mohon rezeki. 
Penulis : Dr Zulkifli Mohamad Al - Bakri
Kod Katalog : TBBK 1056
HARGA : RM 29.90



Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Gemilang

Untuk menjadi gemilang anda perlu mengubah sikap. Dalam kembara misalnya, jika anda menempuh jalan yang sama, anda akan sampai ke destinasi yang sama. Jika anda berhasrat untuk sampai ke destinasi baru yang lebih cantik dan menarik, anda harus menempa jalan baru.
Jika anda terus mengamalkan perangai lama bermakna anda tidak akan berubah. Jangan sampai anda gagal buat kali kedua kerana sebab yang sama. Oh, malangnya diri anda! Sebaliknya jika anda telah cemerlang, anda harus ingat bahawa kecemerlangan tidak bertepi. Anda boleh meneroka dan menerobos sejauh sempadan galaksi cakerawala. Penerokaan manusia sentiasa berkembang dan terus maju. Anda juga mampu melakukannya!

Penulis : Dato` Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1055
HARGA  : RM 19.90