Monday, May 23, 2011

Ensiklopedia Sejarah Rasulullah SAW (Boxset)



Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dahwah, akhlak, muamalat, qiyadah (kepimpinan) mahu pun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Jadi, bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.

Resipi Sihat & Mudah : Sarapan Pagi & Minum Petang



45 Resipi Suhat & Mudah - Sarapan Pagi & Minum Petang ini sangat unik dan berkhasiat kerana setiap resipi yang dipersembahkan mengandungi kiraan kalori dan kandungan nutrisi yang boleh membantu anda merancang permakanan yang sihat. Paling penting ia sesuai bagi pesakit 'gaya hidup masa kini'. Buku ini juga memberi panduan kepada anda bagaimana menyediakan bahan dan masa memamsak tidak sampai 30 minit. Berasaskan bahan sedia ada di dapur diadun menjadi resipi yang berkhasiat.

Resepi Sihat & Mudah : Tengah Hari & Makan Malam



45 Resipi Suhat & Mudah - Makan Tengah Hari & Malam ini sangat unik dan berkhasiat kerana setiap resipi yang dipersembahkan mengandungi kiraan kalori dan kandungan nutrisi yang boleh membantu anda merancang permakanan yang sihat. Paling penting ia sesuai bagi pesakit 'gaya hidup masa kini'. Buku ini juga memberi panduan kepada anda bagaimana menyediakan bahan dan masa memamsak tidak sampai 30 minit. Berasaskan bahan sedia ada di dapur diadun menjadi resipi yang berkhasiat.

Bukti-bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemas Kini)




Kitab Bible yang dikatakan oleh para pendakwah Kristian sebagai Kalam Tuhan adalah buku yang isi kandungannya ditulis oleh manusia biasa. Ramai paderi Kristian dan Yahudi memeluk Islam sesudah membaca Quran dan sejarah hidup Muhammad secara objektif dan rasional lalu membandingkan kedua-duanya dengan isi kandungan kitab-kitab suci agama mereka tersendiri.

Imam Hanbali : Penegak Kebenaran



Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

Sultan Muhammad Al-Fateh : Penakluk Konstantinopel



“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Bilal Bin Rabah : Pengumandang Seruan Langit



Kisah Bilal bin Rabah yang menjadi juruazan, dan namanya digunakan hingga sekarang. Kisahnya diceritakan sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi terkenal di zaman Rasulullah. Penyeksaan Umaiyah terhadapnya tidak mematahkan semangat juang untuk menegak syiar Islam. Malah, menguatkan lagi iman sehingga berjaya dibebaskan sebagai hamba sahaya.

Ali bin Abi Talib : Mutiara Ilmu Islam



Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 lebih muda daripada Nabi Muhamrmad.lbunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab.

Abu Bakar : Sahabat Sejati



Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan.

Kuntum Cinta Di TAman Syurga


Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya.

Rahsia Bisnes Orang Korea



Orang Korea membuktikan bangsa yang tidak mempunyai pengalaman bisnes dan pencapaian ekonomi yang baik juga boleh berjaya dalam bidang itu. Rahsia itu ada pada orang Korea dan buku ini akan menyelongkar satu persatu inti pati rahsia itu.

Penulis : Ann Wan Seng
Kod Buku : PTSB1034
Harga : RM20.00

Edisi Jimat : Rahsia Bisnes Orang Cina



Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai 'The Bamboo Network'.

Penulis : Ann Wan Seng
Kod Buku : PTSB1033
Harga : RM15.00

Rahsia Bisnes Orang Cina



Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai 'The Bamboo Network'.

Penulis : Ann Wan Seng
Kod Buku : PTSB1032
Harga : RM18.90

Rahsia Islam Di China : Gemilang di Sebalik Tembok Besar



China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.

Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung



Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.