Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Tuesday, May 24, 2011
Dr. Danial Zainal Abidin
"Mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya. Pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu. Syabas!"
Tafsir Ayat Ahkam
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9)
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
Imam-Imam Yang Benar
Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.
3I : Imam, Islam dan Ihsan
Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan?
Ilmuan Nusantara - Mutiara Ilmu Tanah Serumpun
"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinas dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil warisan itu, dia mewarisi bahagian yang banyak."
(Hadis ini direkodkan oleh Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah dan disahkan oleh Imam Hakim dan Imam Ibnu Hibban.)
Khutbah Rasulullah
Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.
Laksamana Cheng Ho
Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika.
Ilmu Hikmah
Ilmu hikmah itu rahsia yang didamba semua
Ilmu hikmah itu ketinggian ilmu yang ditunjukkan dalam semudah-mudah amal
Ilmu hikmah itu lambang kehebatan seorang manusia
...............
Manusia seliar seorang Badwi padang pasir mengakui kebaikan Nabi Muhammad. Apabila nabi menyampaikan ilmu dan menegur, sejahil-jahil manusia mampu mendapat pengajarannya. Ternyata sekeras-keras hati mampu mendapat manfaat apabila tepat caranya
10 Tokoh Idola Muslimah : Kemantapan Diri
Dunia hari ini dihidangkan dengan pelbagai ikon yang ada kalanya bertentangan dengan syariat Islam. Mereka yang dijadikan idola ini sememangnya tidak bersesuaian daripada segi sahsiah juga kehidupan negatif yang tidak layak dicontohi. Demi memantapkan diri, jadikan srikandi Muslimah sebagai idola hidup yang perlu dicontohi.
Subscribe to:
Posts (Atom)