Wednesday, May 18, 2011

Travelog Seorang Da’i

Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.”

Penulis        :  Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Kod Katalog :  TBBK 1098
HARGA        :  RM 20.00



Indahnya Hidup Bersyariat

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Penulis        :  Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog :  TBBK 1097
HARGA        :  RM 55.00,

Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim

Buku “Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim” ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.

KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI
  • Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
  • Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
  • Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
  • Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman 
Penulis        :  Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Kod Katalog :  TBBK 1096
HARGA        :  RM 20.00



Dunia Masakan Chef Sabri

Chef Sabri menggunakan pengalaman beliau sebagai Master Chef untuk menghasilkan himpunan resipi pilihan yang pasti menjadi. Lengkap dengan tip, amalan dan cadangan yang harus kita amalkan ketika di dapur. Bukan itu sahaja, malah anda akan dikejutkan dengan pengalaman dalam dunia chef. Sila lihat di dalam untuk lebih banyak kejutan... Jom kita memasak sendiri untuk mendapatkan yang HALAL dan BERSIH 100%. Makanan bersih membentuk jiwa dan minda yang HEBAT lagi BERKAT.

Penulis        :  Chef Ahmad Sabri Abu Hassan
Kod Katalog :  TBBK 1095
HARGA        :  RM 40.00,



Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan

HADIS-HADIS PERINGATAN BUAT UMUR INSAN ialah sambungan daripada Himpunan Hadis Modal Insan 2. Kali ini dipaparkan 25 buah hadis (hadis 51-75) lagi merangkumi 4 aspek kehidupan insan: 1. MEMBENTUK PERIBADI DAN SAHSIAH INSAN: Kelebihan Rasulullah s.a.w, mengikut sunah, mencintai sahabat Nabi s.a.w., kemenangan bersama kesabaran, sifat pemaaf, kebaikan yang utama dalam Islam dan larangan penyerupaan. 2. IBADAH: Beriktidal dalam ibadah, melazimi zikir, bala yang dipohon perlindungan daripadanya, berdoa untuk saudaranya, mencari keredaan Allah s.w.t., akhirat kehidupan yang hakiki dan dosa-dosa besar. 3. PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN: Berlaku adil, ukhwah islamiah, bantuan kepada yang hampir, Muslim yang afdal, keluasan ihsan dan berbuat baik pada wanita. 4. BIDANG KERJAYA DAN EKONOMI: Mencari ilmu manfaat, galakan bertani, kewajipan berzakat, setiap kebaikan ialah sedekah dan mencari pembantu yang setia. 

Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog :  TBBK 1094
HARGA        :  RM 30.00

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya

Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas.
Sementara orang berkemampuan menjadikan nikah kahwin sebagai satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan. Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
Buku Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia agenda terpenting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.
Penulis        :  Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog :  TBBK 1093
HARGA        :  RM 20.00

Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

  • KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
  • KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran. 
  • KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia. 
  • ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri. 
Penulis        :  Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Rohidzir Rais
Kod Katalog :  TBBK 1092
HARGA        :  RM 12.00



Kaedah Mendidik Anak dan Isteri

Buku Kaedah Mendidik Isteri dan Anak: Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan yang melanda umat Islam kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar. Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan “memberi muka” menjadi punca segala kegagalan ini? Atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini? Bacalah buku ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...
 
Penulis        :  Abdul Rahman Mohamed
Kod Katalog :  TBBK 1091
HARGA        :  RM 17.00


Doa, Zikir & Munajat Yang Didengari Allah

Buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya:
  1. DOA HARIAN dari bangun tidur hingga ke masjid dan ketika hendak tidur malam.
  2. DOA DALAM KEADAAN TERTENTU seperti ketika bermusafir, tahniah kepada pengantin, ketika masuk ke pasar, dalam majlis, pada bulan puasa, mohon kuatkan iman dan doa pada hari-hari tertentu.
  3. DOA MINTA PERLINDUNGAN daripada kesusahan, kesempitan hidup, ketakutan, gelisah, dukacita, menolak bala, ditimpa musibah, membayar hutang, kejahatan dan kezaliman orang lain, menjauhi jiwa yang tidak tenteram, penyakit waswas, perlindungan untuk anak kecil, merawat penyakit, mengusir syaitan dan gangguan sihir.
  4. ZIKIR pada masa-masa tertentu, zikir yang disukai Allah, zikir hauqalah, zikir hasbalah, menghindar daripada api neraka, sebelum memulakan sesuatu yang penting dan banyak lagi. 
Penulis        :  Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd Wahid Abd Hanif
Kod Katalog :  TBBK1090
HARGA        :  RM 12.00

Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari

Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan. 

Penulis        :  Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid
Kod Katalog :  TBBK 1089
HARGA        :  RM 12.00

Nota Jutawan Nota Perniagaan

Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.

Penulis        :  Irfan Khairi
Kod Katalog :  TBBK 1088
HARGA        :  RM 30.00

Rindu Andalusia

RINDU ANDALUSIA menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubah suai menjadi gereja dan Katedral. Kalau ingin selamat, mereka harus dibaptis menjadi Kristian dan dipaksa mengaku sebagai Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim.

Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri ‘”misi suci” pada hari Ahad di gereja.
Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad, dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup.

Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadab? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik “misi suci” itu?

RINDU ANDALUSIA merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Dua buah buku lagi akan segera terbit.
Penulis        :  Radwa Ashour
Kod Katalog :  TBBK 1087
HARGA        :  RM 23.00

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Akidah Tapi Anda Malu Bertanya

Buku SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG AKIDAH TAPI ANDA MALU BERTANYA… menjawab persoalan dalam keseluruhan skop akidah. Persoalan pokok ialah:
  • Beriman kepada Allah s.w.t.
  • Beriman kepada malaikat.
  • Beriman kepada kitab.
  • Beriman kepada rasul.
  • Beriman kepada hari kiamat.
  • Beriman kepada qadak dan qadar.
Sementara perkara yang berkaitan dengan akidah adalah seperti soal keislaman, iman, tauhid, syirik, Ahli Sunah Waljamaah, soal berkat dan tabarruk. Termasuk juga persoalan yang sering menghantui umat Islam seperti bidaah, khurafat, persoalan mati, alam barzakh, syaitan, jin, jampi serapah, tangkal, azimat dan sihir.
Penulis        :  Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Kod Katalog :  TBBK 1086
HARGA        :  RM 20.00

Syamail Rasulullah S.A.W

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah. 
Penulis        :  Imam al-Tirmizi
Kod Katalog :  TBBK 1085
HARGA        :  RM 45.00

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya

Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan sesetengah orang. Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab inadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang tetap.

Penulis : Al-Ustaz Dato` Hj. Ismail Kamus
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK1084
HARGA : RM 20.00

Dilema Melayu-Islam

Buku ini sangat unik dan diterbitkan pada masa yang sangat sesuai kerana ia:
  1. Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.
  2. Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fakir (ketinggian teknologi).
  3. Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini. 
  4. Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan. 
  5. Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir… jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “pengkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup? 
Penulis        :  Pahrol Mohamad Juoi
Kod Katalog :  TBBK 1083
HARGA        :  RM 30.00



Soal Jawab Remeh-temeh tentang TAHARAH (BERSUCI) Tapi Anda Malu

Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalanan remeh-temeh berkaitan TAHARAH (Bersuci) yang kadang-kadang anda malu untuk bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop:
  1. PERKARA KONTROVERSI DALAM MASYARAKAT. Najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak.
  2. PERKARA BERKAITAN IBADAH. Jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi khususnya mandi wajib.
  3. PERKARA YANG JARANG-JARANG DIDENGAR. Khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit.
  4. PERKARA YANG MEMALUKAN. Air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.  
Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkara remeh-temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya? Dapatkan jawapan sebenar sekarang. 
 
Penulis        :  Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid & Azhar Mohamed
Kod Katalog :  TBBK 1082
HARGA        :  RM 20.00