Saturday, May 21, 2011

Syiah Imamiyyah Mazhab ke 5 ?

Syiah Imamiyyah Mazhab Ke 5 buku ini membincangkan ;
  • Benarkah ajaran Syiah Imamiyyah membahayakan aqidah, syariah, akhlak, umamah dan negara?
  • Benarkah ajaran Syiah Imamiyyah merupakan mazhab yang mu'tabar (diterima) disisi ahli Sunnah wal Jamaah?
  • Benarkah perbezaan antara ahli Sunnah san Syiah Imamiyyah hanya di peringkat furu' atau rantingnya dan bukan peringkat aqidah atau akar umbi?
  • Benarkah kaum Syiah Imamiyyah menganggap bahawa ahli Sunnah wal Jamaah najis dan tidak selamat?
  • Benarkah kaum Syiah Imamiyyah memaki hamun Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Ummul - Mu'minin Siti Aisyah r.a. dan menganggap kedua mereka itu murtad?
  •  
  •  
Penulis :Dr. Sulaiman Noordin , Dr. Mohd Zawawi Abdullah dan Dr.Mohamad Sabri Haron
Kod Buku : UKMB1001
Harga : RM12.90 

Matan al-Jurrumiyyah

Kitab ini adalah sebagai khidmat kepada Matan al-Ajurrumiyyah, sebuah kitab yang masyhur di seluruh pelosok dunia Islam. Ia telah dikarang oleh al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al-Sunhaji yang dikenali dengan jolokan Ibn Ajurrum rahimahullah Taala. Beliau dilahirkan pada tahun 67H dan meninggal pada tahun 723H. Semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang amat luas. Antara keistimewaan kitab ini ialah:
  • - Pengukuhan teks-teks matan berpandukan dua buah kitab iaitu Kitab Majmu’ Muhimmati al-Mutun dan Kitab Syarh Mukhtasar Jiddan serta penjelasan perbezaan-perbezaan yang wujud yang disebutkan pada nota kaki kitab.
  • - Teks-teks matan dibariskan dengan sempurna bagi memudahkan bagi para pembaca yang baru belajar
  • - Pembahagian isi kandungan disusun dengan nombor dan huruf agar jelas bagi pembaca.
  • - Pelbagai indeks disediakan pada akhir kitab untuk rujukan, kandungan kitab secara tertib huruf dan kandungan kitab mengikut halaman. 
Penulis : Matan Al-Jurrumiyyah
Kod Katalog : TBBK 1013


Harga RM5.00

Beduk Diketuk

Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah
Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Penulis : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog : TBBK 1192


Harga RM26.00

Haramkah Rokok?

Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam. Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada 1985 kepada 31% pada tahun 2000. Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada me reka menghisap rokok hampir 10 batang sehari. Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog : TBBK 1189


Harga RM12.00

Menangani Anak Biadap

Pepatah ada mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat.” Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadab memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa. Buku Menangani Anak Biadab yang membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja sendiri.

Penulis : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1187


Harga RM16.00

Novel Kun Fa Ya Kun

Kumpulan Cerpen-Cinta Kun Fayakun” ini menghimpunkan 13 buah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berbakat besar. Koleksi cerpen ini memaparkan ideologi penulis dalam membicarakan tentang isu-isu sejagat, rakaman peristiwa dan realiti kehidupan. Penghasilan cerpen ini merupakan wadah dan saluran untuk mengajak pembaca sama-sama mendasari erti kehidupan, kecekalan, kasih sayang dan sebagainya demi menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan.   



Penulis : A. Ubaidillah Alias
Kod Katalog : TBBK1186
Harga :RM12.00



Nota Jutawan Nota Kewangan

Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan. Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda, menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah, Insya-Allah

Penulis : Dr Irfan Khairi
Kod Katalog : TBBK 1185


Harga :RM30.00

Wahai Tuhan Engkaulah Penyembuh

Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Disertakan juga lafaz dan cara beristighfar yang digunakan untuk membersihkan hati agar doa kita lebih cepat sampai kepada Allah SWT serta dimakbulkan. Istighfar dan taubat juga boleh menghindarkan diri kita daripada bersarangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri, sebaliknya diganti dengan sifat mahmudah. Buku ini juga menampilkan susunan wirid dan zikir untuk pendinding diri serta merawat gangguan jin, syaitan, sihir dan santau. Keseluruhan amalan yang terkandung dalam buku ini merupakan “senjata” bagi orang Mukmin yang mungkin lebih hebat dan berkesan daripada senjata lahiriah yang digunakan untuk memerangi musuh.
Penulis : Datuk Ismail Kamus
: Ustaz Wahid Abd Hanif
Kod Katalog : TBBK 1183


Harga :  RM20.00

101 Rekreasi Hati

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.

Penulis : Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kod Katalog : TBBK1182
Harga :RM17.00

A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

Buku ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah difahami, terperinci dan menyeluruh. Kepada calon-calon suami dan isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan. Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk dibaca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahun.
Penulis : Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK1181
Harga :RM30.00

41 Kelebihan Rasulullah SAW


“Maklumat dalam risalah kecil ini adalah merupakan pilihan pengarangnya daripada riwayat yang sahih, tidak ada yang boleh diputuskan sebagai daif. Inilah keistimewaan risalah ini berbanding dengan kitab-kitab yang lain”. (Tahqiq Bidayah al-Sul, ms. 12) Kandungan buku ini keseluruhannya menunjukkan kepada ketinggian darjat Rasulullah SAW, maka kita sebagai umatnya wajib menyayangi Baginda dengan mengikut petunjuk dan ajarannya yang sebenar, bukan hanya sekadar mencipta slogan atau cogankata yang ditulis untuk dilaungkan.

Penulis : Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
Kod Katalog : TBBK1180
Harga :RM8.00

Memahami Keindahan Surah Al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya. Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud: "Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?"

Penulis : Hj. Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Kod Buku : TBBK1179
Harga : RM20.00

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni

Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi , ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Musa a.s. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir a.s. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa a.s. terhadap Nabi Khidir a.s., maka Nabi Khidir a.s. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir a.s. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

Penulis : Harun Arrashid Hj Tuskan
Kod Katalog : TBBK 1178


Harga : RM23.00


Adab Malam Pengantin

Adab Malam Pengantin adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat Islam. Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatamkan ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

Penulis : Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Katalog  : TBBK1177
Harga :RM12.00

Renung-Renungkan & Selamat Beramal

Buku ini adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya. Sasaran kata-kata motivasi ini ialah semua yang sudi membaca dan menghayatinya. Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi soal ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, cinta, hiburan, alam akhirat, kekeluargaan, kemasyarakatan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, iktibar dan sejarah. Anda mesti memiliki buku ini kerana ianya merupakan rujukan segera (quick reference) yang amat bermanfaat untuk bacaan senggang dan bahan tazkirah, nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan.

Penulis : Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Prof Izzi)
Kod Katalog : TBBK 1176


Harga :  RM23.00

Ensiklopedia Solat

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan. 
Penulis : Dato Hj. Md. Hashim Hj. Yahya
Kod Katalog : TBBK 1105


Harga RM100.00

Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual

Wanita mencapai akli baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar sukar dikawal.
MENGAPA ANDA HARUS MILIKI BUKU INI?
  • Penerangan secara lengkap berserta hujah saintifik memudahkan  pemahaman pembaca.
  • Penyampaian secara separa santai
  • Info syariah sebagai pelengkap maklumat menurut Islam
  • Ilustrasi menarik dan sinis mampu merehatkan minda
  • Reka bentuk yang menarik
  • Jadikan buku ini bahan bacaan anda, anak-anak dan bahan bantu mengajar di sekolah.
     
    Penulis : Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
    Kod Buku : TBBK1175
    Harga : RM20.00

Palestin Kami Datang!

Wosh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang. Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Kod Buku : TBBK1174
Harga : RM17.00

Solat Berjemaah

Buku ini menjelaskan secara terperinci mengenai solat berjemaah dari sudut hukum serta kaedah pelaksanaan sehinggalah ke hikmah serta fadilat yang bakal diperolehi oleh pelaksananya, menurut mazhab Syafie. Ia diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul dana pembangunan dan dana pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di maahad tahfiz ialah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

Penulis : Ustaz Mohammad Subki & Ustaz Abdul Rahman Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1173
Harga :RM26.00

Sabil al-Muhtadim

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah.
Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai.
Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.

Penulis : Datuk Hj. Hashim Yahya
Kod Buku : TBBK1172
Harga : RM26.00

Main Masak-Masak bersama Chef Kamarul

Ayam Boxing, Cheesy Twist, Guli-Guli Gembira, Queen Pudding, X-ray Vanilla Shake dan banyak lagi resipi yang boleh anda cuba. Jadikan pengalaman pertama anak-anak di dapur dalam suasana yang menyeronokkan seperti "main masak-masak"!. Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan mengunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip ringkas sebagai panduan.
Miliki sebuah buku ini sekarang! - Cubalah resipi-resipi di dalam. Sehari satu resipi...

Penulis : Chef Kamarul
Kod Buku : TBBK1171
Harga : RM30.00

Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil

DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.
Bagaimana menggunakan buku ini.
  • Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Hadiah kepada isteri tersayang.
  • Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
     
    Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi
    Kod Buku : TBBK1169
    Harga : RM26.00