Friday, May 20, 2011

From Cat Stevens to Yusuf Islam

FROM CAT STEVENTS TO YUSUF ISLAM menelurusi liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaan sejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya.

Penulis : Hermawan Aksan
Kod Buku : TBBK1168
Harga : RM20.00

Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama

Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.

Penulis : Mohd Solleh Abdul Razak
Kod Katalog : TBBK 1166
Harga :RM26.00

Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah

Buku ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam. Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

Penulis : Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman
Kod Buku : TBBK1163
Harga : RM30.00,

Siapa Alien?

Karakter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. Sesuatu yang “luar biasa” lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat. Ali adalah karakter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karakter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta.

Penulis : Wardina Safiyyah
Kod Buku : TBBK1162
Harga : RM19.00

Rahsia Haji - Falsafah dan Hikmahnya

Buku RAHSIA HAJI: FALSAFAH DAN HIKMAHNYA MENURUT AL-QURAN DAN SUNAH ini memperincikan pemahaman yang lengkap tentang ibadah haji. Haji dilihat sebagai ibadah dan bukan sebagai adat semata-mata.
  • Ibadah haji digarap dari permulaan kewujudan Kaabah hingga kepada fungsi dan hikmah keberadaannya pada hari ini. Dalam lain perkataan bagaimana ibadah haji ini boleh meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam pelbagai aspek.
  • Di dalam buku ini, diterapkan nilai-nilai 'kenikmatan' ibadah haji. Ini dimulakan dengan perkara asas dan diakhiri dengan hikmah ibadah.
  • Persiapan yang bukan setakat kain baju ini memerlukan roh atau jiwa, bukan kepada fizikal semata-mata. Ia dirangkumkan daripada persiapan akidah dan ketakwaan, persiapan kewangan, persiapan mental dan fizikal, persiapan ilmu pengetahuan dan persiapan tazkiyah nafs.
     
    Penulis : Muhd Najib Abdul Kadir
    Kod Buku : TBBK1161
    Harga : RM30.00

Riba dan Isu Kewangan Semasa

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

Penulis : Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Buku : TBBK1160
Harga : RM20.00

Senjata Mukmin

Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam kerana ia menghimpunkan amalan penting dalam kehidupan seharian. Sebagai orang Ajam di Nusantara ini, bahasa Arab bukan menjadi bahasa ibunda kita. Maka teks amalan perlu dibaca dan dibuat rujukan dari masa ke semasa dalam proses menghafal dan dijadikan penghayatan hidup. Antara isi kandungan buku ini ialah seperti
• Doa dalam majlis rasmi.
• Doa amalan harian.
• Fadilat ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.
•Doa daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW.
• Doa selepas solat.
• Amalan rawatan perubatan Islam.
• Himpunan selawat Nabi.
• Zikir pagi dan petang.
• Zikir Munajat.
• Asmaul Husna.
• Teks nazam berzanji dan alunan selawat.
• Surah-surah pilihan dan lain-lain

Penulis : Ustaz Haji Muhidir Haji Tamjis
Kod Buku : TBBK1159
Harga : RM50.00

Sempurnakan Solat Tarawih

Bulan Ramadan adalah bulan kemuliaan yang dinantikan oleh setiap orang yang beriman. Di dalam builan ini, Allah SWT melatih manusia unruk mencapai puncak ketakwaan dengan kewajipan berpuasa. Ia juga merupakan PESTA IBADAT kerana Allah menjanjikan keampunan dan pahala yang berlipat kali ganda, berbeza dengan bulan-bulan selainnya. Pintu neraka ditutup, manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Pada malamnya, disunatkan untuk melakukan solat malam yang dikenali sebagai Solat Tarawih. Buku kecil ini disusun untuk memberi panduan yang jelas bagaimana melaksanakan solat Tarawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat. Disertakan juga panduan bacaan Tahlil dan Takbir Hari Raya. Semoga buku kecil ini mampu memberi manfaat yang besar untuk dikongsi bersama masyarakat. 

Penulis : Mohamad Wahid Abdul Hanif
Kod Buku : TBBK1158
Harga : RM12.00

Furu' Al-Masa'il

Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Buku : TBBK1157
Harga : RM75.00

Siri Di Mana Atuk - Kerana Si Putih

Siri “Di Mana Atuk” menceritakan tentang Hasnan, keluarga Hasnan dan rakan-rakannya. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan pengembaraan, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagai pembentuk akhlak murni anak-anak.
  • Mengikut format Tatabahasa dan Gaya Dewan yang sesuai untuk pelajar.
  • Ilustrasi-ilustrasi yang menarik dan berwarni-warni membantu pembaca menghayati jalan cerita dengan lebih baik.
  • Menggunakan bahasa yang mudah.
  • Setiap cerita diakhiri dengan soalan uji minda.

Penulis : Nazzam Nazri
Kod Buku : TBBK1156
Harga : RM10.00


Siri Di Mana Atuk - Atukku Sayang

Siri “Di Mana Atuk” menceritakan tentang Hasnan, keluarga Hasnan dan rakan-rakannya. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan pengembaraan, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagai pembentuk akhlak murni anak-anak.
  • Mengikut format Tatabahasa dan Gaya Dewan yang sesuai untuk pelajar.
  • Ilustrasi-ilustrasi yang menarik dan berwarni-warni membantu pembaca menghayati jalan cerita dengan lebih baik.
  • Menggunakan bahasa yang mudah.
  • Setiap cerita diakhiri dengan soalan uji minda.
Penulis : Nazzam Nazri
Kod Buku : TBBK1154
Harga : RM10.00

Tasawuf Kontemporari

Buku ini memberi kefahaman terhadap tasawuf dan bagaimana untuk mengimplementasikannya dalam kehidupan kontem­porari pada hari ini. Juga diterangkan berbezaan dan persamaan antara ta­sawuf dengan tarekat. Tasawuf tidak boleh dipisahkan dengan ilmu syariat dan tauhid. Buku ini juga menerangkan penghayatan sifat mahmudah dan penghindaran sifat mazmumah yang sangat penting termasuk bagaimana mengelak maksiat anggota lahir. Juga disentuh akhlak dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Akhirnya diterangkan beberapa istilah yang tinggi dalam tasawuf seperti uzlah, khalwat, tahajud, keramat, kasyaf, ilham, martabat tujuh, wali, istidraj, mimpi dan Nur Muhammad. Bagaimanapun buku ini tidak menyelami pen­dekatan tasawuf dan tarekat yang kompleks.

Penulis : Mohammad Nidzam Abd Kadir
Kod Buku :  TBBK1152
Harga : RM20.00

Kasih Tiada Noktah

Himpunan cerpen-cerpen daripada penulis baru Nazzam Nazri, yang menampilkan cerita yang ringkas untuk anak-anak dan remaja. Koleksi cerpen ini menampilkan jalan cerita kehidupan. Ikuti asam garam kehidupan yang diceritakan dalam buku koleksi cerpen-cerpen ini.

Tajuk cerpen-cerpen yang menarik di dalam:

• Kenangan Terpalit Kasih Tiada Noktah
• Dulu Lain… Sekarang Dah Lain
• Kerana Baju Itu
• Lumrah Dunia
• Mama… Pesananmu Kujunjung Kasih
• Oh Mama… Oh Papa…
• Pasang Badan
• Penangan Tok Ali
• Kerana Kerjaya Ayahku
• Putus Cinta Boleh Kurus

Penulis : Nazzam Nazri
Kod Buku : TBBK1151
Harga : RM12.00

Isteri dan Puteri Rasulullah

Buku ini bermula dengan membawa pros­pektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Mus­limah. Seterusnya dipersembahkan riwayat hidup dan keistimewaan para isteri Rasulullah SAW serta perbandingannya dengan peranan Muslimah kontempo­rari. Berikutnya digarap peranan Rasulullah sebagai suami misali yang ber­tanggungjawab. Kemudian dibawakan pula biodata serta peranan yang dimainkan oleh puteri-puteri Rasulullah SAW yang menjadi figur untuk melahirkan contoh wanita pendidik dan pejuang yang menanamkan keberanian dan kejujuran kepada generasi akan datang. Buku ini disudahi dengan menyenaraikan peranan Baginda sebagai bapa dan ketua keluarga yang mampu untuk memimpin ahli keluarga serta masyarakat ke arah melahirkan generasi pelapis yang sanggup untuk memikul tugas mengembalikan agama Islam dianuti oleh pengikut-pengikut yang bertakwa supaya Islam itu sekali lagi menuju ke zaman keagungannya.

Penulis : Muhammad Mahdi al-Istambuli & Musthafa Abu Nashr al-Syilby
Kod Buku : TBBK1150

Harga : RM23.00

al-Mathurat (Kecil)

Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”

Penulis : Ustaz Dr Badrul Amin
Kod Buku : TBBK1149
Harga : RM3.00 (3 buah)

Makhluk Aneh Pulau Pisang

Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:
·         Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah.
·         Bertindak dengan bijak dan pantas.
·         Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.
Penulis : Yaser M. Akhir
Kod Buku : TBBK1148
Harga : RM10.00

Kilang Biskut

Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:
·         Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah.
·         Bertindak dengan bijak dan pantas.
·         Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.

Penulis : Yaser M. Akhir
Kod Buku : TBBK1147
Harga : RM10.00

Bomoh Sakti Rajawali

Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:
·         Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah.
·         Bertindak dengan bijak dan pantas.
·         Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.

Penulis : Yaser M. Akhir
Kod Buku : TBBK1146
Harga : RM10.00

Mukmin Profesional - Celik Mata Hati

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Buku : TBBK1145
Harga : RM55.00

Rayuan Cinta Buat Isteriku

Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.


Penulis : Ibn Abdul Azib
Kod Katalog : TBBK1144
Harga : RM4.00


Tragedi Cinta Taj Mahal

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?

Nama Penulis: Aneesah Aliyyah

   Kod Produk :   TBBK1143
   Harga : RM17.00 , CP : 5

Ringkasan Riyadhus Solihin

RIYADHUS SOLIHIN yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab RINGKASAN RIYADHUS SOLIHIN oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

Penulis : Imam Nawawi
Kod Buku : TBBK1142
Harga : RM50.00

Solat Sunat Pilihan 2

Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, so­lat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa’ (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting:
Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t.
Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib.
Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.
Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog : TBBK1141
Harga : RM20.00

Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW




Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -

Buku 1 - HAIWAN DI MAKKAH • Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan • Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

Buku 2  - HAIWAN DI MADINAH • Merpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi • Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar.

Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK1139
Harga : RM45.00

Denyut Kasih Medik

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Penulis : Dr Farhan Hadi
Kod Buku : TBBK1138
Harga : RM23.00

SJRTT Haji Tapi Anda Malu Bertanya

Buku SOAL JAWAB REMEH_TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA...ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah.
KELEBIHAN BUKU INI : 
  • Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. 
  • Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
  • Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
  • Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
  • Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.     
Penulis : Zahazan Mohamed & Mohammad Nidzam
Kod Buku : TBBK1137
Harga : RM20.00

Kumpulan Cerpen: Tawajjuh Cinta

Koleksi 13 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen “Tawajuh Cinta” yang meny¬elami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta. Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah SWT. Selamilah iramanya dalam “Lancungan Cermin”, “Tawajuh Cinta”, “Someng”, “Dilema Seorang Khaulah” dan banyak lagi.
Penulis:  Juwairiah Md. Jamil
Kod Katalog: TBBK1136
          HARGA  : RM12.00

Melodi Hati

Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'. Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah. Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?
Penulis:  Iwan Reaz
Kod Katalog: TBBK1135
HARGA:  RM20.00

Anakku Dapat Semua A

Buku ini khusus untuk para penjaga menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran. Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertanggung jawab:
• Diri pelajar itu sendiri.
• Ibu bapa.
• Guru dan sekolah.
• Persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah.
Sementara itu kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menuding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Bersedialah untuk memberi kemudahan dan sokongan moral dan fizikal. 


Penulis:  Dr Mohd Shukri Abdullah
Kod Katalog: TBBK1134
           HARGA: RM20.00