Tuesday, May 31, 2011

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi


Hadis Arba’in. Nama ini sudah tidak asing lagi di telinga kita. 42 hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi, pada awalnya hanya 26 hadis yang dimuatkan dalam judul Ibnu Solah. Isinya adalah hadis-hadis nabi yang ucapannya ringkas, tetapi maknanya luas. Imam Nawawi memberi judul kumpulan hadis ini dengan al-Arba’in. Ia menjadi popular kerana kandungannya banyak memberi manfaat dan ramai orang menghafalnya.

Ia turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para ulama kerana mereka menghafalnya dan mengguna pakai hadis ini bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Mengapa Hadis Arba’in relevan sepanjang masa?

Ajaibnya Wanita



Di sebalik kelembutan seorang wanita tersimpan 1001 misteri ciptaan maha hebat. Ciptaan wanita begitu istimewa dan sangat berbeza dengan lelaki. Wanita dengan kelembutannya dapat melahirkan zuriat bagi memastikan keturunan umat Adam tidak terputus dari muka bumi ini. Kerana AJAIBNYA WANITA ini, kewujudannya mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukannya dalam fikah Islam.

Begitu juga hal berkaitan hukum masalah kontemporari yang semakin bertambah seiring dengan kepesatan teknologi perubatan. Timbul pelbagai persoalan mengenai penyakit pembunuh no 1 bagi wanita, seksologi antara suami isteri, ginekologi, penggunaan alat kosmetik, pembedahan plastik yang akhirnya berkait dengan masalah ibadah dan syariat.

Biar Orang Cina Pimpin Islam


Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Kenal Pembeza Hak dan Batil



Demikian hakikat hidup manusia di dunia. Tidak sesekali terlepas daripada mengikuti garis sempadan atau Furqaan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Dan segala sempadan itu telah pun dirincikan oleh-Nya melalui kitab suci al-Quran.

Justeru, hasil kupasan mengenai Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.

Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah dan Alam Ghaib



Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan membuatkan anak-anak terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Ingatlah Tempat Mu Di Akhirat



Demikian hakikat kehidupan manusia. Selama mana pun mereka hidup di dunia ini, suatu ketika nanti akan tiba juga detik berangkat meninggalkannya. Itulah yang dinamakan detik kematian. Detik yang akan menyaksikan terpisahnya roh daripada jasad. Dan di kala itu, kakulah jasad terbujur tanpa mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya menanti ehsan daripada mereka yang masih hidup untuk diurus dan disemadikan di liang lahad. Di situlah berakhirnya perjalanan sekujur jasad yang selama ini bebas bergerak dan berbuat apa sahaja di atas muka bumi ini. Akhirnya ke dalam bumi tempat persemadian akhirnya.

Ingatlah Tempat Mu Di Akhirat


Catatan Hujung



BERAKHIRNYA 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu sahaja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau

Menyukat Ikhlas Diri



Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. Seseorang mungkin saja mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu. Tetapi, hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun semua ini diliputi oleh kepandaian manusia dalam membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya. Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut. Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya.

Allah Is Calling



Sesungguhnya persoalan hidayah adalah tugas dan kerja Allah SWT, walaupun mungkin dari segi zahirnya seseorang itu kelihatan tidak beriman dan mungkin juga jelas menentang-Nya, namun dari segi batinnya tiada seorangpun yang tahu bahawa dia benar-benar cenderung dan suka kepada kebenaran, khususnya Islam, satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mencintai Suami Jangan Separuh Hati


Badai yang mendatang dalam rumahtangga kadangkala begitu meruntun jiwa. Walau telah mencurah sepenuh tenaga dan keringat namun rumahtangga aman damai serta mawaddah yang didambakan masih juga belum kunjung tiba. Di mana salah silapnya?

Sedarlah wahai wanita sekalian. Inilah masanya anda menilai diri anda. Cukup sempurnakah anda sebagai isteri? Atau jujurnya anda mencintai suami setengah hati? Setengah hati lagi masih dipenuhi tuntutan dunia yang mahukan anda menjadi srikandi? Gapailah cinta suamimu. Dakaplah anak-anakmu sepenuh jiwa. Jadilah isteri , ibu dan Muslimah solehah yang didambakan para suami.

Taqwa



Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelikan dan kemudharatan. Rasanya tidak layak kita memohon ampunan tetapi di sisi lain kita hadirkan kemaksiatan. Rasanya tidak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintah dan larangan tidak jua kita agungkan.

Cubalah kita diam sejenak, baikkah hari ini bagiku dari hari semalam?

Hidup Sekali Manfaat Selamanya

Perkara-perkara yang seharusnya dimiliki oleh mereka yang ingin meninggalkan amal yang baik di dunia, sebagai cita-cita tertinggi, teguh dalam beramal dan
kebaikan, berperilaku sesuai dengan syariat yang suci, menjauhi sifat lemah dan suka melengah, pasrah kepada Allah, mengharap hanya pada Nya serta mempunyai wawasan yang tinggi.

Pahlawan Islam Kontemporari



Ini adalah darihal para syuhada’. Kisah mereka yang handal disisinya ada keajaiban. Mereka bukannya watak rekaan dan bukan juga watak dongeng fiksyen yang hanya menjadi penenang anak-anak tidur.

Mereka adalah pejuang yang dijadikan contoh terbaik melawan kemunafikan dan kekufuran nyata. Menjulang syahadat dan persaksian diri mereka sebagai seorang muslim.

Belajar Romantis



Apabila anda mampu menjadi bidadari kepada suami anda di dunia, maka sesungguhnya anda juga yang akan menjadi ‘bidadari tercantik’ untuk suami anda di Akhirat kelak. Demikianlah ditegaskan dalam banyak riwayat. Silakan menelaahnya dalam sebuah buku menarik tentang kenikmatan Syurga, Haadil Arwaah Ilaa Bilaadil Afraah, karya Qaadhil Qudhaat Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.

Dengan NamaMu Aku Hidup; Asmaul Husna



Penulis buku ini tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah dia mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Jika adalah buku yang sehabis terperinci, yang pernah lahir; maka barangkali inilah bukunya. Ia zahir daripada iltizam dan kesungguhan. Ia hadiah mewah buat ummah.