Friday, June 3, 2011
Stanza Cinta
Amni Sorfina perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan yang perlu dibimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia korbankan cintanya demi menunaikan sekeping janji? Apakah ini juga bermakna dia harus lepaskan sesuatu yang paling diingininya?
Perindu Pelangi
Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang bersimpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalan dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.
Dingin Salju Indiana
Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian , cabaran yang menggugat persahabatan dan keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap egonya. Malah , segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan , namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan.
Untukmu Wanita
Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga. Dipersembahkan dalam bentuk soal jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.
Rindu Bau Pohon Tin
Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata.
U-Turn ke Jalan Lurus
Dalam menempuh hidup di dunia yang penuh dengan ujian dan rintangan ini, ramai di antara kita yang telah tersesat dari jalan kebenaran. Selagi diberi kesempatan untuk bernafas, ayuh segera bertaubat dan U-Turn ke jalan lurus yang diredhoinya. Buku U-Turn Ke Jalan Lurus ini mengandungi kisah-kisah yang memberi pengajaran dan keinsafan diselangi dengan ayat-ayat al-quran & hadith-hadith peringatan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ia mengajar kita utk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan yang positif.
Subscribe to:
Posts (Atom)