Thursday, May 26, 2011

Belajar Dari Perang Badar



Umumnya, ketika pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Pelbagai penghargaan dikalungkan dileher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar. Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.

Belajar Dari Perang Khaibar



Pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh Yahudi di Khaibar. Permusuhan antara Yahudi dan Islam seperti tidak ada penghujungnya. Obor peperangan terus dinyalakan dan pada malam yang gelap pekat, berangkatlah Rasulullah bersama 1,600 orang yang rela berjihad di jalan Allah menuju ke Khaibar,

Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam



Buku isu-isu mencabar ini digerakkan atas kesedaran untuk merakam polemik terkini mengenai pelbagai isu sensasi yang terlalu bersifat topikal. Walaupun ia sebuah rakaman sikap ke atas persoalan dan kejadian, namun ia tidak pula sekadar ingin menjadi mesin pasif yang tidak memuatkan apa-apa sentimen dari dinamik persoalan yang dirakamkan. Bersama dengan rakaman-rakaman itu, ada terungkap terjemahan sikap, perbedaan sudut pandangan, bacaan hukum, perkongsian hasrat serta pelbagai ragam pendirian dan tafsiran-tafsiran makna yang kaya tersurat dan tersirat daripada hujah dan alasan.

Solat Berjemaah



Suatu hari dalam tahun 2004,terpapar dalam surat khabar Utusan Malaysia suatu dakwaan yang sangat mengejutkan,yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Negara kita iaitu : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.Dakwaan yang dimaksudkan ialah :”Mengikut kajian yang dibuat olehnya sendiri mengenai solat,Dato’ Dr. Mendapati bahawa 80% penduduk Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat tidak menunaikan dengan cukup solat lima waktu sehari semalam.”

Hizbu Al Bahri, Hizbu Al Nawawi



Masyarakat Malaysia amat sinonim dengan doa selamat.Budaya berdoa memohon keselamatan merupakan suatau amalan yang selaras dengan anjuran Rasulallah s.a.w dan merupakan satu tuntutan yang terpuji.

Amalan Sunnah Selepas Solat



Di antara isu lapuk yang dikaitkan dengan bida’ah,yang cuba ditimbulkan semula oleh sesetengah pihak yang berpengaruh dengan Fahaman golongan tadi ialah berzikir selepas solat.Dengan senang dan borosnya mereka menghukum,seolah-olah mereka saja yang pandai membaca kitab-kitab Feqah dan Hadis.Mereka langsung tidak menghormati pendapat ulama yang lain.

Nota Wasiat



Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

Bahagi Biar Adil



Ilmu Faraidmerupakan kunci untuk kita mengurus, memebahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlau kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:

1. Suka Hati
2. Siapa besar dia dapat banyak
3. Siapa cepat dia dapat
4. Siapa yang paling akhir duduk dengan arwah ayah berhak dapat
5. Dan seumpamanya

Urus Harta Sebelum Mati



Pada masa kini terlalu ramai Umat Islam di malaysia yang mengalami masalah berkaitan dengan Harta Pusaka. Mengikut sumber, terdapat hampir 38 Billion nilaian Harta Pusaka Umat Islam yang masih dibekukan dan tidak dapat di agihkan kepada waris-waris yang berhak menerimanya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya adalah kerana ramai umat Islam yang Jahil mengenai Ilmu faraid.

Fiqih Islam Wa Adillatuhu - Jld 2



Buku ini membahas aturan-aturan syariah Islamiyyah yang disandarkan kepada dalil-dalil yang shahih baik dari Al-Quran, As-Sunnah mahupun akal. Oleh sebab itu, kitab ini tidak hanya membahas fiqih sunnah saja atau membahas fiqih berasaskan logika semata-mata.

Fiqih Islam Wa Adilatuhu - Jld 1



Buku ini membahas aturan-aturan syariah Islamiyah yang disandarkan kepada dalil-dalil yang sahih baik dari Al-Qur’an, As-Sunnah mahupun akal. Oleh sebab itu, kitab ini tidak hanya membahas fiqih sunnah sahaja atau membahas fiqih berasaskan logik semata-mata.

Selain itu, karya ini juga mempunyai keistimewaan dalam hal mencakupi kaedah-kaedah fiqih dari semua mazhab, dengan disertai proses penyimpulan hukum (istinbaath al-ahkaam) dari sumber-sumber hukum Islam baik yang naqli mahupun aqli (Al-Qur’an, As-Sunnah dan juga ijtihad akal yang disandarkan kepada prinsip umum dan semangat tasyri’ yang otentik).

Penyucian Jiwa



“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
{Surah as-Syam~7-10}

Tahukah kita bahawa semua kemelut yang melanda kehidupan manusia hari ini bukannya berpunca dari tiada ilmu atau tiadanya wang? Hari ini semakin ramai orang berilmu dan semakin ramai pula orang yang kaya dan berharta. Jika kita renungkan, ia sebenarnya berpunca dari jiwa yang kosong. Kekosongan jiwalah yang menjadi punca manusia hilang pertimbangan diri, kerunsingan, keresahan dan keserabutan fikiran.

Mencari Ketenangan Jiwa



“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah, hanya dengan mengingati allahlah hati menjadi tenteram.”

MENCARI KETENANGAN JIWA lebih terperinci tentang aspek-aspek dalam kehidupan seharian manusia. Ia berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Tapi kita harus ingat, setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang pada individu bagaimana untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani setiap masalah tersebut.

Setiap Hari Adalah Honeymoon



Cinta ialah kurniaan. Malah, cinta ada pada setiap hati. Ketika pasangan suami isteri telah berikrar demi cinta yang suci, maka terpaterilah sebuah komitmen.

Cinta begitu luas definisinya. Cinta ialah memberi tanpa diharapkan menerima. Cinta adalah pengorbanan yang tiada batasan. Cinta suci tidak akan mengundang kelukaan. Itulah jalinan sepasang suami isteri yang Allah telah satukan dengan cinta yang penuh ketulusan.

Aku Nikah Akan Dikau



“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.” ::Hadis Riwayat Muslim::

Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati,

Dairi Sufi



Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula perlu disudahkan juga dengan doa?

Asmaul Husna : Atas Nama-Mu Aku Merintih



Mengenali dan memahami nama-nama Allah SWT adalah sebahagian dari hidup setiap Muslim untuk mencintai Allah dan bertauhid kepadaNya.Buku ini adalah manifestasi daripada penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan dan ianya merupakan bicara yang sesungguhnya lahir dari hati nurani paling dalam yang telah dicipta oleh Allah dan telah dialirkan sedikit sifat-sifatNya. Dengan perkongsian ini, diharapkan para pembaca mampu merenungi sifat-sifat yang ada di sebalik Asmaul HusnaNya yang selama ini tidak mampu diungkap dengan penuh pengertian.

Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda



Mungkin ramai antara kita tidak memahami Rahsia Tarikh Kelahiran sendiri. Sebenarnya, Rahsia tarikh kelahiran adalah 'Asas' yang patut kita tahu sebelum membuat perancangan hidup.

Quranology : Ilmu Disebalik Sebuah Kitab Agung



“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya kitab suci al-Quran, kitab yang tidak ada di dalamnya sebarang bengkang-bengkok (kesilapan)” (Surah al-Kahfi # 1)
Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu

Murtad : Jangan Pandang Sebelah Mata



Siapa itu Ann Wan Seng?

Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009. -Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan,

Menangani Individu Sukar



Adakah kita merupakan individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita adalah individu sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar mengenai individu sukar bukanlah untuk kita fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri.

Cinta Adam dan Hawa



CINTA ADAM DAN HAWA merupakan himpunan beberapa kisah cinta yang diadaptasi dari al-Quran. Bermula dengan kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa dan Qarun, Thalut dan Jalut, Adam dan Hawa serta Yusuf dan Zulaikha yang memaparkan kesungguhan, pengorbanan, kasih sayang dan penyesalan untuk kita mengambil iktibar dari cerita yang dipersembahkan. Penuh dengan pengajaran, tauladan dan pedoman yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mencari Islam Di China



Negara China sering kali di kagumi sebagai sebuah Negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. ¬Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke Negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab

Laluan Ke Syurga : Jalan Mana Pilihan Anda?



"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Inspirasi Menuju Jalan Sempurna



Mengajak para pendidik khususnya ibu bapa untuk merujuk kepada ayat-ayat al-Quran, sekali gus menghayati, menghafal serta melaksanakan apa yang difahami. Ia sarat dengan petunjuk-petunjuk yang relevan sepanjang zaman dan amat sesuai untuk ibu bapa, pendidik, pendakwah dan aktivis masyarakat yang berjiwa Islam dan mempunyai visi untuk melahirkan INSPIRASI MENUJU JALAN SEMPURNA – Menghimpun dan mengupas petunjuk-petunjuk al-Quran dalam menuju kesempurnaan hidup di dunia yang sementara. Satu pedoman yang amat berharga dalam memperkasa diri dengan nilai hidup yang mulia di sisi Allah SWT. Kupasannya begitu menarik,

Bila Zina Menjadi Budaya



Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari.

Hebatnya Al-Quran : Jika Kamu Berfikir



Al Quran merupakan sumber utama bagi dimensi keilmuan dan sains adalah dimensi yang mengukuhkan dalam membuktikan apa yang dicatatkan di dalam kitab suci ini. Tidaklah terdapat sedikit pun pencanggahan serta kecelaruan di dalam al-Quran kerana ianya adalah kata-kata Allah SWT dan bukannya hasil tulisan manusia biasa. Al-Quran adalah penawar kepada penyakit manusia yang buta kerana ianya bukanlah bermaksud mereka tidak mampu melihat dengan mata dan tidak mampu mendengar dengan telinga, tetapi mereka buta dan tuli dengan hati mereka. Penyakit buta inilah yang perlu di sembuhkan dengan petanda-petanda yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Berdialog Dengan Allah di Keheningan Malam



Bercinta dan berdialog dengan Allah? Bagaimana caranya? Mungkinkah kita mencintai dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat wujudnya? Mencintai dan berdialog dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas. Ianya tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku atau beberapa jam syarahan kerana mencintai Allah SWT bererti mencintai sesuatu yang hakiki.

Semai Benih-Benih Syurga



Setiap yang hidup pasti lawanya mati dan baik lawannya adalah jahat. Begitu juga balasan Allah SWT iaitu syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini. Bagi meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang di beri dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Sebaliknya bagi mereka yang memilih untuk masuk neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu menurut hawa nafsu semata-mata.