Monday, June 6, 2011

SMS Daripada Rasulullah



Tahniah atas penerbitan buku SMS (shortly Muhammad Says),peringatan rinfkas, padat dan mengesankan. Diterbitkan di tengah-tengah kekeliruan bahasa dan istilah 'dua remaja' hari ini seperti GTC, 2morrow, CU, LOL, AAK, TTYL, OMG, YAYTK dll. Buku ini mengajak untuk kembali kepada fitrah. Membimbing anda di sepanjang perjalanan hidup.

Keluarga Syurga Wanita & Undang-Undang



MATLAMAT utama perkahwinan ialah untuk mewujudkan ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan. Ketiga-tiga matlamat tersebut hanya akan tercapai melalui tiga tahap:

Mendapat pilihan yang bertepatan dengan petunjuk syarak ketika memilih pasangan .
Apabila terjadi perselisihan sengit antara suami isteri,maka hendaklah dirujukkan kepada orang yang lebih arif atau kepada institusi yang memberikan khidmat kaunseling perkahwinan.
Apabila tiimbul keadaan yang membosankan dalam kehidupan berumahtangga, maka suami isteri berkenaan hendaklah berusaha mengatasinya sama ada mengikut kebijaksanaan sendiri atau menemui kaunselor.

Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi



"Ayahanda dan bonda, fitrah suci yang Allah SWT titiskan daripada telaga syurga dahulu, yang kita bawa bersama ketika lahir daripada perut ibu dahulu, fitrah itu, rasanya kini telah lusuh dan pudar warnanya. Fitrah itu kini telah diwarnai warna-warna keduniaan yang suram dan kelam. Kita tidak pernah lagi dapat menikmati tegukan air keimanan yang berada di dasar hati. Sebab bertan-tan sampah dunia telah mengotorinya setiap hari....

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman



IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai orang yang mengaku, "Aku termasuk Ibadurrahman"' tetapi perilakuannya menunjukkan, "Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman."

Fiqh - Ekonomi Islam



Buku ini membahaskan secara terperinci tentang peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam, kedudukan, martabat serta pengaruhnya terhadap berbagai aspek ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pengedaran, dan urus niaga. Ia juga mengemukakan pelbagai alternatif dan petunjuk ilahi dalam menghadapi pelbagai permasalahan ekonomi pada peringkat individu, masyarakat dan negara.
Al-Qaradhawi juga menjelaskan tentang pentingnya mengembangkan potensi pada peringat individu dan bangsa. Teguhnya potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa. Teguh potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa.

Fiqh - Kenegaraan



Imam Ibn al-Qayyin (abad kelapan Hijrah) pernah mengeluh dan merasa sedih melihat kejumudan yang melanda para ulama dan fuqaha pada zaman beliau. Ketidakmampuan mereka untuk berinteraksi dengan permasalahan semasa menjadikan para pemimpin pada zaman itu terpaksa mencari jalan penyelesaian di luar syariat Islam bagi menyelesaikan pelbagai masalah politik dan kenegaraan.

Fiqh - Keutamaan



Buku ini memaparkan topik yang penting kerana perbincangan mengemukakan suatu jalan keluar terhadap kebuntuan pemikiran dan perbuatan. Persoalan tentang perkara yang perlu didahulukan dan perkara yang perlu dikemudiankan merupakan pertimbangan dan penilaian yang wajar dibuat untuk menangani masalah-masalah umat.
Al-Quran dan al-Sunnah memberi garis-garis penting menentukan keutamaan dan meletakkan sesuatu pada kedudukannya dengan wajar sama ada dari segi hukum, nilai dan pelaksanaannya. Diharap kandungan ini dapat menjadi pembuka pintu kepada mereka yang ingin mendalami kajian pembuka pintu kepada mereka yang ingin mendalami kajian dan pemahaman tentang uutan keutamaan berdasarkan penilaian syariat yang sahih yang diberi petunjuk olehcahaya wahyu dan diterangi akal.