Thursday, November 10, 2011

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia



Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.

Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.

Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa



Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu
seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Tidurnya Mereka 309 Tahun



Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang menjadi pusaka dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran.
Berbagai-bagai kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran menjadi iktibar kepada umat Islam, di antaranya ialah kisah Ashabulkahfi di dalam surah al-Kahfi. Surah ini dinamakan surah al-Kahfi kerana terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai Ashabulkahfi. Kisah penghuni-penghuni gua ini merupakan suatu mukjizat ketuhanan yang sangat hebat. Daripada kisah penghijrahan Ashabulkahfi ini, dua perkara yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita,

Aurat Mahkota Wanita



Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.


Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam mengariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kemulian dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksplotasi.

Islam Bukan Pada Nama



Dewasa ini, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di dunia. Perkembangannya bukan sahaja dapat dilihat di negara kita tetapi juga di tempat-tempat yang lain seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia dan Afrika. Salah satu faktor yang mendorong perkembangan pesat itu ialah kerana Islam
merupakan agama yang bersifat sejagat, sederhana dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Islam diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia tidak kira latar belakang keturunan, kedudukan dan kebudayaan. Salah satu petunjuk itu bermula dengan ayat pertama dalam Al-Quran yang menganjurkan manusia membaca. Makna daripada ayat itu cukup jelas dan menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia khususnya di kalangan umat Islam.

10 Hari Kebesaran Islam



Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.


Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi memperingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Rasa banggalah dengan Hari-hari Kebesaran Islam.

MRBK1055 10 Hari Kebesaran Islam
Rusydi Ramli Al-Jauhari
Harga: RM 16.90

Monday, June 13, 2011

Kisah Nabi Dalam Al-Quran & Injil



Umumnya, kisah-kisah para nabi baik dalam kitab mahupun dalam al-Quran memiliki alur cerita yang sama, namun secara terperinci dan gaya bahasa mahupun penyusunan kalimahnya, antara Injil dan al-Quran terdapat versi cerita yang berbeza. Terdapat banyak nabi-nabi Israel dalam Injil Perjanjian Lama. Bagi membatasi penulisan ini dan juga agar relevan dengan keimanan umat Islam, maka hanya sebahagian sahaja nabi-nabi Israel yang ditulis dalam buku ini.

100 Tokoh Dalam Dakapan Rasulullah



Dia adalah orang terakhir daripada kumpulan tujuh perintis yang berbaiah, berjanji setia dengan berjabat tangan kanan Rasulullah dengan tangan kanan mereka, bersedia menghadapi orang Quraisy yang sedang memegang kekuatan dan kekuasaan serta gemar melakukan kezaliman dan penganiayaan. Sejak hari pertama memeluk Islam, dia memulakan dakwah dengan penuh penderitaan dan kesulitan.

Dia juga antara sahabat yang diperintahkan oleh Rasulullah berhijrah ke Habsyah. Namun kerana begitu rindu kepada baginda membuatkan dia tidak betah untuk menetap di sana. Dia merentasi daratan dan lautan untuk kembali ke Mekah dan hidup di sisi Rasulullah sehingga waktu hijrah ke Madinah.

No Excuses ! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya



No Excuses! (Edisi Bahasa Melayu) menerangkan kaedah yang boleh digunakan bagi mencapai cita-cita yang diidamkan dengan tiga matlamat dalam hidup kita iaitu kejayaan dalam keperibadian sebagai manusia yang mulia, kejayaan dalam perniagaan dan kewangan dan juda kejayaan dalam kesihatan dan kekeluargaan. Terdapat 21 bab kesemuanya dan setiap satu menunjukkan cara bagi menjadi lebih berdisiplin dalam setiap matlamat hidup.

50 Tip Motivasi Haji



“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa”

Koleksi Nama Anak Terindah



Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah langkah awal membentuk peribadi. Nama yang diberikan mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi mereka. Selalunya ibu bapa memberi nama yang terbaik supaya mereka menjadi hebat seperti maksud nama yang dipilih. Namun terdapat juga ibu bapa yang mengambil mudah dalam memberi nama kepada anak yang tidak membawa apa-apa maksud dan mungkin juga membawa kepada nama yang kurang elok.

Terapi Ruqyah




"Dan Kami turunkan daripada al-Quran, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambah apa-apa untuk orang kafir yang zalim selain rugi."
(surah al-Israk: 82)


Dalam kemajuan sains dan teknologi, kita tidak dapat menafikan kewujudan makhluk halus seperti malaikat, syaitan dan jin yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah.

Al-Asma Al-Husna 99 Nama Allah Terindah



Asma al-Husna adalah nama-nama Allah yang Maha Indah yang hanya layak dimiliki oleh-Nya.Sebagai tanda keagungannya, Nabi Muhammad menggalakkan umatnya agar menghafal nama-nama Allah yang teragung dan terindah ini.Umat Islam seharusnya menjadikan Asma al-Husna sebagai zikir harian. Ini kerana selain memperolehi pahala, orang berzikir juga akan mendapat ketenangan jiwa.

Peristiwa Bersejarah Ramadan



Umumnya apabila tiba bulan Ramadan, sebahagian umat Islam yang berpuasa lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti ringan. Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar dan banyak juga sejarah umat Islam banyak mencipta kemenangan dan kejayaan besar dalam bulan Ramadan. Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian berlakunya malam Lailatul Qadar. Peristiwa bersejarah Ramadan menghimpun kejadian-kejadian besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Turut dimuatkan tarikh penting, gambar, peta dan ilustrasi bagi membantu pemahaman pembaca.

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat



MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA

Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.


Solat untuk Semua

Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun,

Syamail Muhammadiyah



Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

- Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).

Monday, June 6, 2011

SMS Daripada Rasulullah



Tahniah atas penerbitan buku SMS (shortly Muhammad Says),peringatan rinfkas, padat dan mengesankan. Diterbitkan di tengah-tengah kekeliruan bahasa dan istilah 'dua remaja' hari ini seperti GTC, 2morrow, CU, LOL, AAK, TTYL, OMG, YAYTK dll. Buku ini mengajak untuk kembali kepada fitrah. Membimbing anda di sepanjang perjalanan hidup.

Keluarga Syurga Wanita & Undang-Undang



MATLAMAT utama perkahwinan ialah untuk mewujudkan ketenangan, kasih sayang dan belas kasihan. Ketiga-tiga matlamat tersebut hanya akan tercapai melalui tiga tahap:

Mendapat pilihan yang bertepatan dengan petunjuk syarak ketika memilih pasangan .
Apabila terjadi perselisihan sengit antara suami isteri,maka hendaklah dirujukkan kepada orang yang lebih arif atau kepada institusi yang memberikan khidmat kaunseling perkahwinan.
Apabila tiimbul keadaan yang membosankan dalam kehidupan berumahtangga, maka suami isteri berkenaan hendaklah berusaha mengatasinya sama ada mengikut kebijaksanaan sendiri atau menemui kaunselor.

Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi



"Ayahanda dan bonda, fitrah suci yang Allah SWT titiskan daripada telaga syurga dahulu, yang kita bawa bersama ketika lahir daripada perut ibu dahulu, fitrah itu, rasanya kini telah lusuh dan pudar warnanya. Fitrah itu kini telah diwarnai warna-warna keduniaan yang suram dan kelam. Kita tidak pernah lagi dapat menikmati tegukan air keimanan yang berada di dasar hati. Sebab bertan-tan sampah dunia telah mengotorinya setiap hari....

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman



IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai orang yang mengaku, "Aku termasuk Ibadurrahman"' tetapi perilakuannya menunjukkan, "Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman."

Fiqh - Ekonomi Islam



Buku ini membahaskan secara terperinci tentang peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam, kedudukan, martabat serta pengaruhnya terhadap berbagai aspek ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pengedaran, dan urus niaga. Ia juga mengemukakan pelbagai alternatif dan petunjuk ilahi dalam menghadapi pelbagai permasalahan ekonomi pada peringkat individu, masyarakat dan negara.
Al-Qaradhawi juga menjelaskan tentang pentingnya mengembangkan potensi pada peringat individu dan bangsa. Teguhnya potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa. Teguh potensi ekonomi merupakan punca kepada kukuhnya satu bangsa.

Fiqh - Kenegaraan



Imam Ibn al-Qayyin (abad kelapan Hijrah) pernah mengeluh dan merasa sedih melihat kejumudan yang melanda para ulama dan fuqaha pada zaman beliau. Ketidakmampuan mereka untuk berinteraksi dengan permasalahan semasa menjadikan para pemimpin pada zaman itu terpaksa mencari jalan penyelesaian di luar syariat Islam bagi menyelesaikan pelbagai masalah politik dan kenegaraan.

Fiqh - Keutamaan



Buku ini memaparkan topik yang penting kerana perbincangan mengemukakan suatu jalan keluar terhadap kebuntuan pemikiran dan perbuatan. Persoalan tentang perkara yang perlu didahulukan dan perkara yang perlu dikemudiankan merupakan pertimbangan dan penilaian yang wajar dibuat untuk menangani masalah-masalah umat.
Al-Quran dan al-Sunnah memberi garis-garis penting menentukan keutamaan dan meletakkan sesuatu pada kedudukannya dengan wajar sama ada dari segi hukum, nilai dan pelaksanaannya. Diharap kandungan ini dapat menjadi pembuka pintu kepada mereka yang ingin mendalami kajian pembuka pintu kepada mereka yang ingin mendalami kajian dan pemahaman tentang uutan keutamaan berdasarkan penilaian syariat yang sahih yang diberi petunjuk olehcahaya wahyu dan diterangi akal.

Saturday, June 4, 2011

Edisi Istimewa - Aku Terima Nikahnya



Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Murabbi Cinta



Buku ini adalah kesinambungan daripada buku terdahulu , AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Cinta semalam menjadikan umat Islam hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Penulis memperjuangkan cinta yang diteladani daripada seorang murabbi.

Rumahku Ofisku



Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah . Pelbagai tip dikongsi antaranya panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang. Alternatif bagi wanita membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak. Juga diajar cara-cara 'set-up' bisnes.

Sinergi



Ukhuwah dua sahabat, Asid dan Irfan yang belajar di Universiti Yarmouk, Jordan memberi kesan kepada pelajar lain. Konflik mula timbul apabila mereka sama-sama jatuh cinta kepada Sara. Asid cuba beralah tapi terasa sukar. Lalu ukhuwahmereka terganggu. Ditambah kerenah Kumpulan Disaster Five. Tambah rumit apabila Irfan terjebak dalam perangkap Secret.

Secangkir Teh Pengubat Letih



Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah ini. Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Lembutkanlah Hatimu



Himpunan 60 tazkirah penyucianjiwa dan hati ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Mengupas isu-isu kontemporari yang sering dipandang ringan oleh masyarakat hari ini dalam mencari erti sebenar kehidupan seorang hamba. Lembutkanlah hatimu, nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.

Friday, June 3, 2011

Kembara Hamba Mencari Cahaya



Buku ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Penulis banyak menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan Maha Pencipta, Allah SWT.

Stanza Cinta



Amni Sorfina perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan yang perlu dibimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia korbankan cintanya demi menunaikan sekeping janji? Apakah ini juga bermakna dia harus lepaskan sesuatu yang paling diingininya?

Perindu Pelangi



Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang bersimpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalan dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.

Dingin Salju Indiana



Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian , cabaran yang menggugat persahabatan dan keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap egonya. Malah , segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan , namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan.

Untukmu Wanita



Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga. Dipersembahkan dalam bentuk soal jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.

Rindu Bau Pohon Tin



Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata.

U-Turn ke Jalan Lurus



Dalam menempuh hidup di dunia yang penuh dengan ujian dan rintangan ini, ramai di antara kita yang telah tersesat dari jalan kebenaran. Selagi diberi kesempatan untuk bernafas, ayuh segera bertaubat dan U-Turn ke jalan lurus yang diredhoinya. Buku U-Turn Ke Jalan Lurus ini mengandungi kisah-kisah yang memberi pengajaran dan keinsafan diselangi dengan ayat-ayat al-quran & hadith-hadith peringatan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ia mengajar kita utk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan yang positif.

Thursday, June 2, 2011

Langit Ilahi



Mehnah bagaikan badai yang membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangnya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya. Menghimpunkan 60 tazkirah dalam bentuk penulisan yang bersahaja, mudah dihadam dan dihayati.

Bercinta Sampai Ke Syurga



Kesinambungan kepada buku 'bestseller' AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...

Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.

Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah



Kisah penuh inspirasi bagaimana penulis berkejar dengan masa dan 'bergelut' dengan takdir demi memulihkan anak istimewanya.

Atiq Wazif tak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan "Jangan mengharap". Buku ini merakam ketabahan Wazif menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan.

Cinta Luar Biasa



Penulis berkongsi pengalaman dan amalan biasa-biasa yang memberi impak luar biasa dalam kehidupan berumahtangga.

Pesan orang-orang tua dijadikan panduan kerana di situ banyak hikmah yang terbukti kemujarabannya. Pedoman syariat di genggam erat demi kerukunan berpanjangan di celah gelora ujian. Suami gembira dengan layanan baik isteri tercinta. Isteri bahagia dengan belaian suami dan belas insannya. Anak-anak terdidik dalam sausana mulia dan terbela, bagaikan kejora yang menghiasi persada ayah bonda.

Kasih Disemai Sayang Dituai



Sebuah titipan pengalaman dan pemikiran yang kaya dengan rencah kasih sayang. Diolah dalam gaya penceritaan yang segar dan sarat dengan nostalgia.

Buku ini mirip sebuah memoir yang menyorot anekdot-anekdot menarik dalam kehidupan penulis dari zaman kanak-kanak membawa ke alam dewasa, menggunakan gaya bahasa yang cukup sederhana. Diselitkan unsur teladan, mesej yang membuka fikiran dan nilai-nilai didikan.

Alahai Pengantin Baru



Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.Ini hanya satu anekdot daripada 111 kisah kehidupan yang terhimpun di dalam buku ini. Kisah yang biasa-biasa tapi kaya dengan iktibar. Ada kisah yang menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah yang menyubur fitrah, menghidupkan jiwa. Kisah-kisah ini mungkin bukan kisah kita atau orang-orang yang kita kenal, tapi ia merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Justeru itu, dunia mereka, mungkin dunia kita jua...

Bawa Hatimu Kepada Tuhan



Satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian, dengan huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoala, yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita kan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

Wednesday, June 1, 2011

Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif



Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontrovasi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung disyaki mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitik beratkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut.

Gerakan Orientalisme & Kristianisasi



Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini. Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama.

Gerakan Freemasonry



Gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang dibentuk. Gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini membawa masuk slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya, mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam. Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai Gerakan Freemasonry termasuk latar belakang gerakan dan bahayanya terhadap umat Islam.

Sejuta Cinta Untuk Ibunda



Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku,

peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,

izinkanlah ibu memberi syafaat untukku.

Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,

maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,

sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad



Buku “Kehidupan Muhammad A-Z” ini, walaupun kecil bentuknya, merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudarasaudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.

Kisah Para Nabi & Rasul (siri 2)



Buku “Kisah Para Nabi & Rasul Untuk Kanak-kanak” ini, walaupun kecil bentuknya,merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudara-saudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni,

Kisah Para Nabi & Rasul (siri 1)



Buku “Kisah Para Nabi & Rasul Untuk Kanak-kanak” ini, walaupun kecil bentuknya,merupakan karya besar di samping karya-karya Abul Hasan dan saudara-saudaranya yang mulia dalam bidang dakwah Islam. Bukan hanya orang dewasa yang harus menjadi sasaran dakwah Islam dalam bentuknya yang murni, bahkan jiwa kanak-kanak juga memerlukan santapan rohani seperti ini supaya mereka menjadi dewasa dengan rasa iman yang tertanam dalam hati mereka, cahaya iman yang menerangi hati mereka dan keceriaan iman yang memancar dalam jiwa mereka. Bahan daripada cerita merupakan unsur pertama yang sangat disukai oleh kanak-kanak.