Wednesday, May 25, 2011

La Tahzan Gadisku



LA TAHZAN GADISKUApakah yang paling ditakuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

“ macam mana dengan masa depan saya nanti?”
“ Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?”

La Tahzan Kerana Jodoh



“Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga lebih banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki”

La Tahzan Kerana Cinta




Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...

Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

Indahnya Islam Mengatur Kita




Buku ini mengandungi 20 tajuk yang menjadi fokus SS Mufti untuk menasihati umat. Ianya terdiri dari beberapa isu-isu semasa seperti kekeluargaan, murtad, pembelaan kaum wanita, pertahanan negara, akhlak, etika dan pengurusan stres, undang-undang, rasuah dan sebagainya.

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik



Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik

Bila Allah Menduga Kita



BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi



Sabda Rasulullah SAW,“Aku tinggalkan kepada umatKu dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan As-Sunnah.”

Daripada beribu-ribu ayat yang terkandung di dalam al-Quran, inilah satu-satunya ayat yang dinamakan Ayat Kursi. Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

12 Tokoh Pengubah Dunia



Kejayaan Islam tidak lepas dari kecemerlangan pemikiran para intelektual Muslim. Pemikiran yang menembus batas waktu dan memiliki daya luar biasa terhadap perubahan dunia, tidak hanya bermanfaat bagi dunia Islam sahaja, akan tetapi bagi seluruh umat manusia.

8 Tokoh Wanita Pencetus Turunnya Wahyu



8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU’ yang dipaparkan dalam siri ini ialah ikon atau srikandi umat Islam. Sejarah hidup dan peribadi mereka menjadi ikutan umat Islam hingga akhir zaman. Peribadi ulung yang tiada bandingan ini menjadi pencetus dunia dan kehidupan Islam sejagat.
Pada ketika ini, jika manusia seantero dunia berkiblatkan Barat, siri ini diterbitkan untuk memberi contoh teladan yang boleh dijadikan alternatif ikutan umat Islam. Apakah keistimewaan dan kelebihan 8 TOKOH yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT ini?