Mehnah bagaikan badai yang membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangnya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya. Menghimpunkan 60 tazkirah dalam bentuk penulisan yang bersahaja, mudah dihadam dan dihayati.
Thursday, June 2, 2011
Bercinta Sampai Ke Syurga
Kesinambungan kepada buku 'bestseller' AKU TERIMA NIKAHNYA.
Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...
Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.
Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah
Kisah penuh inspirasi bagaimana penulis berkejar dengan masa dan 'bergelut' dengan takdir demi memulihkan anak istimewanya.
Atiq Wazif tak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan "Jangan mengharap". Buku ini merakam ketabahan Wazif menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan.
Cinta Luar Biasa
Penulis berkongsi pengalaman dan amalan biasa-biasa yang memberi impak luar biasa dalam kehidupan berumahtangga.
Pesan orang-orang tua dijadikan panduan kerana di situ banyak hikmah yang terbukti kemujarabannya. Pedoman syariat di genggam erat demi kerukunan berpanjangan di celah gelora ujian. Suami gembira dengan layanan baik isteri tercinta. Isteri bahagia dengan belaian suami dan belas insannya. Anak-anak terdidik dalam sausana mulia dan terbela, bagaikan kejora yang menghiasi persada ayah bonda.
Kasih Disemai Sayang Dituai
Sebuah titipan pengalaman dan pemikiran yang kaya dengan rencah kasih sayang. Diolah dalam gaya penceritaan yang segar dan sarat dengan nostalgia.
Buku ini mirip sebuah memoir yang menyorot anekdot-anekdot menarik dalam kehidupan penulis dari zaman kanak-kanak membawa ke alam dewasa, menggunakan gaya bahasa yang cukup sederhana. Diselitkan unsur teladan, mesej yang membuka fikiran dan nilai-nilai didikan.
Alahai Pengantin Baru
Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.Ini hanya satu anekdot daripada 111 kisah kehidupan yang terhimpun di dalam buku ini. Kisah yang biasa-biasa tapi kaya dengan iktibar. Ada kisah yang menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah yang menyubur fitrah, menghidupkan jiwa. Kisah-kisah ini mungkin bukan kisah kita atau orang-orang yang kita kenal, tapi ia merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Justeru itu, dunia mereka, mungkin dunia kita jua...
Bawa Hatimu Kepada Tuhan
Satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian, dengan huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoala, yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita kan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?
Subscribe to:
Posts (Atom)