Friday, May 27, 2011

Engkau Memang Cantik


Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi makna sesama muslim. Banyak pembaca yang merasakan bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk memberi kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.
Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

Penulis : Burhan Sodiq
Kod Buku : KPBK1010
Harga : RM15.00

No comments:

Post a Comment