Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad SAW, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah SAW mengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.
Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
Bantuan Allah dalam perang Khandaq
Peranan munafik dalam perang Khandaq
Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
Heroisme dalam perang Khandaq
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1004
Harga : RM18.00
No comments:
Post a Comment