Monday, May 16, 2011

Resipi 30 Minit

  1. Resipi yang dikemukakanringkas tetapi sedap, bermutu, pelbagai dan menarik.
  2. Manusia akhir-akhir ini memerlukan masakan yang cepat kerana masa seolah-olah menjadi bertambah pendek dalam dunia perlumbaan hari ini. Jadi kita mengetengahkan RAHSIA MASAK EKSPRES.
  3. Kita mengetengahkan tip mengurus dapur termasuk kaedah menyediakanmasakan dengan teratur, cepat, kemas dan bersih.
Penulis         : Chef Kamarul
 Kod Katalog  : TBBK 1054
 HARGA        :  RM25.90

Soal Jawab Remeh-temeh tentang MUAMALAT Tapi Anda Malu Bertanya




Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w. pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal.Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dan dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu. Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasululah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

Penulis : Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK 1053
          HARGA : RM 19.90

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya

Membicarakan pelbagai  isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab per-tanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada  pasangan yang sudah lama men-dirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.
Penulis        :  Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais
Kod Katalog :  TBBK 1052
HARGA        :  RM19.90

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Isu Semasa

Buku ini mengupas serba sedikit berkaitan sifat marah agar kita dapat menilai dan mengenali diri kita, sejauh mana sikap dan akhlak yang kita tonjolkan selama ini serta berusaha memperbaiki diri ke arah membentuk jiwa dan peribadi yang unggul. Lengkapilah diri kita dengan ilmu dalam menangani sifat marah daripada buku ini.

Penulis        :  Siti Nor Bahyah Mahamood , Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog :  TBBK 1051
HARGA        :  RM16.90

Tautan Hati

Puas kurayu, puas kuseru, jawapanmu tetap yang dulu. Oh sukarnyamengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu. Lantaran itu,Akukan terus menyerumu. Pada yang Satu. Ku-genggam kukuh suatu azimat, "Kita hanya penyeru, bukan penghukum."

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin 
 Kod Katalog : TBBK1049
HARGA : RM 29.90

Formula Solat Sempurna


FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.
Penulis        :  Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog :  TBBK 1048
HARGA        :  RM25.90



101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang

Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Perjalanan yang ditempuhkan sekali gus membawa sifat takwa dalam kehidupan seperti taubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam bertugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalin silaturahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur. 

Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Buku : TBBK1045
Harga : RM19.90

Jangan Main-main

Dalam siri ini Dr. Tuah menulis tentang semangat, daya tahan, daya juang, kecerdasan minda, membangun minda, kepimpinan, kesihatan, kesungguhan bekerja, kerjaya, keusahawanan, mencipta nama, pengurusan cemerlang, fahaman agama, emosi, cinta, peranan hati, akhlak, belajar dari alam, psikologi, ketamadunan manusia, sejarah nabi, takdir, rezeki dan ajal.
Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar
Kod Katalog : TBBK 1044
HARGA : RM 25.90

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak? 
 
Penulis        :  Dato` Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog :  TBBK 1043
HARGA        :  RM19.90



Himpunan Hadis Modal Insan

Membentuk peribadi da sahsiah insan: Akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, ikhlas, marah dan malu.
Bidang pekerjaan dan kerjaya: Ketekunan bekerjaya,pengerusan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.
Perhubungan sesama manusia: Kerjasama, nasihat-menasihati, sifat mugkir janji dan dusta.
Bidang ekonomi: Pembangunan dan perbelanjaan.
Penulis : Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri
Kod Katalog : TBBK 1042
HARGA : RM 29.90

Ada Bagus Baguss


Menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Daya imaginasi-nya cukup tinggi. Beliau se-gera nampak dan meng-analisa di sebalik apa yang berlaku. Siri ini menghurai tentang motivasi diri, kehidupan, kekeluargaan, ke-ibubapaan, suami isteri, re-maja, disiplin, usaha, pro-fesyen, business, keusaha-wanan, kerjaya, ketuhanan, keagamaan, ibadah, psiko-logi, bahasa, bangsa, nos-talgia, cinta, kesihatan, akhlak, budaya, kembara, aktiviti santai, dan IPT.
Penulis        :  Dr. HM Tuah Iskandar
Kod Katalog :  TBBK 1040
HARGA        :  RM25.90

Keluarkan Singa Daripada Diri Anda

Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang Lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu.

Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah. Buku ini akan mengubah sikap anda yang terperonyok itu!

Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “singa”. Buku ini cuba membantu anda untuk mengeluarkan singa tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu singa yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.

Selepas membaca buku ini anda akan mengubah diri anda meniti tangga kejayaan!
Penulis        :  Hj. Muhammad Bin Zakaria
Kod Katalog :  TBBK 1039
HARGA        :  RM 20.00

Ubat Hati

Kita hendaklah melatih hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan. Laluilah proses mengubat dan men-didik hati jika hati anda telah terlibat dengan aktiviti buruk. Hati rosak berpunca daripada aktiviti lidah, mata dan perut yang tidak betul. Jadi bagaimanakah untuk menghalangnya? Apakah tanda-tanda hati yang sa-kit? Bagaimanakah mengu-batnya? Kalau anda sudah melalui eksplorasi hati ini, maka hidup anda akan lebih terarah, bermakna dan cemerlang!
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman
Kod Katalog : TBBK 1038
HARGA : RM19.90


101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi menga-takan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir  juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir  ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu dari-pada hadis bermakna pe-mohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impak-nya lebih kuat.
Penulis         : Zahazan Mohamed
Kod Katalog  : TBBK 1037
HARGA        :  RM29.90,

Panduan Membaca Yasin, Tahlil & Doa

Turut mengandungi Himpunan :
  • Doa Yasin
  • Doa Tahlil Arwah
  • Doa Selamat
  • Doa Majlis Jamuan Ringkas
  • Doa Akhir Tahun
  • Doa Awal Tahun
  • Doa Malam Nifsu Syaaban

Penulis : Panduan Membaca Yasin, Tahlil & Doa
Kod Buku : TBBK1036
Harga : RM5.90

Siri Saintis Cilik - Bateri Limau Nipis

Penulis : Suhaimi Mamat
Kod Katalog : TBBK1035
Harga :RM20.00, 6CP

Siri Saintis Cilik - Pembesar Suara Cawan Kertas




Penulis :Suhaimi Mamat
Kod Katalog : TBBK1034
Harga :RM20.00

Siri Saintis Cilik - Telegraf Kadbod

Penulis : Suhaimii Mamat
Kod Katalog : TBBK 1033
Harga :RM20.00

Siri Saintis Cilik - Motor Klip Kertas

Penulis : Suhaimai Mamat
Kod Katalog : TBBK1032
Harga : RM20.00, 6CP

Siri Saintis Cilik - Radio Buku Benang




Ingin membina sebuah radio ringkas yang tidak memerlukan bateri? Buku ini akan menunjukkan anda langkah-langkah pembinaannya sambil menjelaskan beberapa prinsip sains dan eksperimen yang berkaitan.
Penulis : Suhaimi Mamat 
Kod Katalog : TBBK1031
Harga : RM20.00

Anakku Hebat Anakku Soleh

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.
Penulis        :  Zahazan Mohamed - Anakku Hebat Anakku Soleh
Kulit Lembut
Kod Katalog :  TBBK 1050
HARGA        :  RM34.90, CP : 11
Kulit Keras
Kod Katalog :  TBBK 1030
HARGA        :  RM39.90, CP : 13

Anda Mampu Melakukannya

Dalam usia 25 tahun AMAR merupakan seorang remaja yang telah berjaya me-ngukir nama dalam bidang seni nasyid tanah air. Da-lam buku pertamanya ini beliau meneliti, menga-nalisa, merumus dan me-nilai peristiwa yang berlaku di persekitaran beliau dan mengambil pengajaran un-tuk dijadikan motivasi me-nempa kejayaan dalam hi-dup. Di samping itu beliau memuatkan tazkirah dan kutipan permata ilmu dari-pada pelbagai sumber. Buku ini dihiasi pula de-ngan foto dan lakaran ilustrasi beliau sendiri.
Penulis        :  Amar - Anda Mampu Melakukannya
Kod Katalog :  TBBK 1029
HARGA        :  RM19.90

Menerobos Sempadan Diri

Diri anda sebenarnya mampu melakukan "wonders" lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran anda terlalu kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.
Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1028
HARGA : RM 19.90,

300 Hadis Bimbingan Ke arah mencari reda Allah

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehi-dupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, ber-jemaah, hal ehwal Rasu-lullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persau-daraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.
Penulis        :  Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam 
Kod Katalog :  TBBK 1026
HARGA        :  RM25.90

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Zakat

Buku ini lain daripada yang lain. Ia menangani masalah remeh-temeh tentang za-kat. Soalan yang pelik-pelik juga diberi jawapan. Anta-ranya, Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Peru-sahaan madu lebah kena zakat atau tidak? Boleh ke anak minta duit zakat da-ripada bapa yang kaya? Yang penting zakat mem-bersihkan harta anda. Allah s.w.t. memberi limpah kur-nia yang bertimbun-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkil rahsianya dalam buku ini!
Penulis        :  Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Kod Katalog :  TBBK 1025 
HARGA        :  RM16.90

101 Doa Para Nabi & Rasul dalam al-Quran

Modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak membaca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adab harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamalkan.
 
Penulis        :  Ustaz Haji Zahazan Mohamed
 
Kulit Lembut 
Kod Katalog :  TBBK 1021 
HARGA        :  RM 19.90
Kulit Keras
Kod Katalog :  TBBK 1027
HARGA        :  RM 25.90

Jalan Pantas kearah Pelajar Cemerlang


Memberi panduan berharga kepada 3 golongan:
  1. Pelajar - Menjadi modul harian. Dapatkan kemahiran dan teknik belajar disamping mengasah peribadi, bakat & rohani.
  2. Guru - Menjadi panduan untuk memahami murid anda sama ada dari segi input pelajaran mahupun didikan dan tarbiah.
  3. Ibu bapa - Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memenuhi keperluan anak-anak dengan menjadikannya sebagai kawan ke arah kecemerlangan. 

Penulis        :  Prof. Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff
Kod Katalog :  TBBK 1020
HARGA        :  RM 22.90

Soal Jawab Remeh - Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya




Ibadah solat datang terus daripada Allah s.w.t. Ia mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang SOLAT!
Penulis : Us. Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Buku : TBBK1019
Harga : RM16.90

Etika Pejabat




Memberi panduan untuk mengendalikan sebuah pejabat yang teratur, produktif, dan cemerlang. Buku ini juga secara detail menyenaraikan pembentukkan imej diri dan peribadi unggul. Di samping itu ia menyentuh prosedur, kaedah dan tatatertib kerja di dalam sesebuah pejabat.
Penulis : Hj. Muhammad Zakaria
Kod Katalog : TBBK 1018
HARGA : RM 25.90

101 Adab & Petua Kecemerlangan Pelajar




Modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak membaca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adab harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamalkan.

Penulis        :  Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog :  TBBK 1017
HARGA        :  RM 16.90,

Jin Dan Hakikat Pengubatan

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia?

Penulis : Dato' Hj Ismail Kamus
Kod Katalog : TBBK1016
HARGA : RM 34.90,

Kamus Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) - Ilustrasi Penuh


Merupakan buku komputer pertama di Malaysia yang diterbitkan dalam format ilustrasi dan gambar serta warna penuh. Penyusunan perkataan dan pendekatan sesuai untuk peringkat:
  •     Rendah
  •     Menengah
  •     Kolej & universiti
  •     Golongan profesional
  •     Orang awam
  •     Kamus ini juga disusun untuk kegunaan sekolah, pusat sumber, rumah dan perniagaan

KEISTIMEWAAN KAMUS INI:
  •     Maklumat dan terminologi yang terkini 
  •     Ilustrasi dan gambar bermaklumat, jelas dan menarik
  •     Produk dan aplikasi yang digambarkan disediakan untuk kegunaan di Malaysia
  •     Buku bersaiz besar dan mudah untuk digunakan serta membuat rujukan
  •     Sangat sesuai digunakan di sekolah sebagai buku rujukan
  •     Sesuai dijadikan buku rujukan ICT di rumah
  •     Buku yang sangat bermanfaat untuk dijadikan hadiah oleh ibu bapa kepada anak-anak
Penulis        :  Mokhtar Ahmad
Kod Katalog :  TBBK 1015
HARGA        :  RM22.90, CP : 7