Thursday, May 19, 2011

Indahnya Amalan Doa

Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan se­bagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pem­baca khasnya dan seluruh umat Islam am­nya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tu­lang belakang kepada ajaran akidah Islami­ah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadi­kan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang di­capai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
Penulis : Dato' Ismail Kamus
Kod Buku : TBBK1133
Harga : RM35.00

10 Terminal Rumah Tangga

Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia.
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat.
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Penulis:  Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog: TBBK1132
         HARGA:  RM17.00

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji dan Umrah

Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi ba¬hasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain. *Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah membezakannya nanti. * Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembelajaran bagi semua peringkat usia. 
Penulis: Ustaz Muhammad Sabri Sahrir
Kod Katalog: TBBK1131
         HARGA: RM17.00,

Lorong Kematian

Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini! 
Penulis:  Geidurrahman El-Mishry
Kod Katalog: TBBK1130
          HARGA: RM23.00

Al-Mathurat

AL-MA’THURAT ialah sebuah himpunan wirid dan doa Rasulullah untuk diamalkan pada setiap kesempatan terutama selepas Subuh dan Maghrib oleh setiap pendakwah, penyeru makruf, penentang kebatilan malah setiap individu.

Penulis:  Al-Syahid Imam Hasan al-Banna
Kod Katalog: TBBK1129
          HARGA:  RM4.00

Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama


Buku ini menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab seperti ;
• Persoalan peribadi.
• Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja.
• Hubungan sulit suami isteri.
• Hubungan menantu, mentua dan ipar duai.
• Kesempurnaan amal ibadah.
• Hukum halal haram.
• Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari.
Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam kehidupan ini. Anda tidak punya banyak tempat khusus untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan. Maka buku ini diharapkan dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.

Penulis:  Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi
Kod Katalog: TBBK1128
          HARGA:  RM20.00

A Comprehensive Prayer Formula

Invite the readers to reflect upon the hadith of the Prophet SAW in which he says, “Pray as you have seen me praying” while giving precedence to the interpretations of evidences by the Shafi`I scholars. In addition, the opinions of other schools of thought are also analyzed and benefited from wherever pertinent. * Motivate the Muslims to perform prayer in the best manner possible by perfecting its pillars and Sunnah acts as well as observing its conditions, through learning and understanding the evidences. * Deepen the relationship with prayer by pondering upon the recitations of the prayer and its movements in perfecting the prayer internally. * Enhance the understanding of the Muslims on the matters that inhibit the presence of khushu` in prayer, especially from among the major sins. * Improve the knowledge of this act of worship which we are commanded to perform five times every single day until our last breath. 
Penulis:  Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK1127
          HARGA:  RM26.00


SJRTT Umrah dan Adab Ziarah Madianah TAMB

Buku ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah. Antara faedah yang boleh didapati daripada buku ini ialah: Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan umrah dan ziarah Madinah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu. * Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru. * Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah. * Boleh dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama ketika mengerjakan umrah dan ziarah. * Carta Aturan Pelaksanaan Umrah sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan umrah itu sebagai satu overview. 

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog: TBBK1126
        HARGA: RM20.00

Sesejuk Maaf Di Kalbu

Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.

Penulis        :  Atiqah Ghazali
Kod Katalog :  TBBK 1125
HARGA        :  RM 17.00

Dapur Xpress

• 50 RESIPI popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat.
• Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya anda dengan kaedah penyediaan yang mudah dan teknik yang cepat.
• Gambar berwarna untuk setiap masakan menjadi inspirasi kepada anda sekeluarga dalam pemilihan menu anda.
• Petua dan info dalam penyediaan makanan yang lebih berkesan.
• Memberi panduan yang mudah tentang kaedah membeli bahan mentah, keperluan asas di dapur, teknik penyediaan bahan mentah dan teknik penyediaan semasa memasak.
• Inilah pembantu dapur yang anda perlukan untuk masakan yang on-time untuk dinikmati anda sekeluarga. 
Penulis:  Kamarul Hasni Che Ros
Kod Katalog: TBBK1124
HARGA:  RM35.00

Panduan Perbankan Islam: Kontrak dan Produk Asas

Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan:
• Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir.
• Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah.
• Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

Penulis:  Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK 1123
          HARGA:  RM20.00

Wasiat Luqman al-Hakim

Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Penulis:  Ahmad Hasan Mohd Nazam
Kod Katalog: TBBK1122
          HARGA:  RM20.00,

Memahami Keindahan Surah Yasin






Surah Yasin antara surah yang sering dibaca terutama oleh masyarakat Melayu bagi memohon suatu hajat atau perlindungan kepada Allah SWT. Dalam majlis-majlis kesyukuran, mahupun musibah seperti kematian, lazimnya akan dibacakan surah Yasin. Buku ini digarap bagi menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat dalam surah Yasin yang mampu membawa kita menerobos ke dalam konteks yang lebih luas. Pemahaman mendalam dapat melahirkan kekhusyukan hati dan kehalusan jiwa apabila lidah menuturkan setiap patah perkataannya. Semoga buku kecil ini mampu menggambarkan keindahan surah Yasin dan berkongsi bersama masyarakat.

Penulis:  Hj. Mohd Zamri Mohd Zainuldin (Mari Mengaji) & Hj. Mohd Wahid Abd Hanif
Kod Katalog: TBBK1121
         HARGA:  RM12.00

Mak..Abah..Redhailah Anakmu

Buku ini teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Siapa pun kita, kita selalu lupa bahawa kita masih seorang anak. Selanjut mana usia, dia adalah anak ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi.


Penulis : Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood
Kod Katalog : TBBK1120
          HARGA : RM 12.00


Cinta Granada

Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali; cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak. Dalam diam Hassan mengajar Bahasa Arab pada Ali.

Penulis : Rawdha Ashour
Kod Katalog : TBBK11149
          HARGA : RM 23.00

Syarah al-Hikam (Jilid 1)


AL-HIKAM ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf.
TASAWUF adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.
TAUHID pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

Penulis        :  : Sheikh al-Imam Tajuddin Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul   Karim  Bin    Athaillah Iskandary
Terjemahan dan Syarahan oleh: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kod Katalog :  TBBK 1118
          HARGA        :  RM 50.00, CP

Palestin Tak Pernah Gentar

Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbansa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog :  TBBK 1117
          HARGA        :  RM 20.00,

Zikir, Doa & Wirid di Tanah Suci

Sebuah buku yang sangat efektif buat mereka yang bakal mengerjakan umrah dan haji. Boleh di bawa ke mana-mana sahaja, buku ini mengandungi segala-gala doa yang anda ingin praktikkan ketika di tanah suci. Menariknya, buku ini turut menyelitkan amalan yang dicadang untuk diamalkan bagi setiap doa.

Penulis        :  Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid
Kod Katalog :  TBBK 1116
          HARGA        :  RM 12.00,

Cinta Ain Naqilah

Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.

Penulis        :  Athirah Taha
Kod Katalog :  TBBK 1115
           HARGA        :  RM 20.00

Rona-Rona Cinta Damascus

Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.

Penulis        :  Sheila Wani
Kod Katalog :  TBBK 1114
          HARGA        :  RM 23.00,

Islam Agama Sempurna

Buku ini berasal daripada ceramah al-Imam al-Mufassir al-Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti yang disampaikan kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Tanah Suci. Hasil daripada isi kandung yang ringkas tetapi padat dengan fakta, ramai para pendengar telah meminta agar dibukukan untuk diperluaskan manfaatnya kepada umat Islam. Al-Imam al-Mufassir juga merupakan pengarang kitab Tafsir Adwa’ al-Bayan yang merupakan kitab tafsir yang mentafsirkan ayat al-Quran dengan menggunakan ayat al-Quran sendiri.
Penulis        :  Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman @ Abu Anas Madani
Kod Katalog :  TBBK 1113
          HARGA        :  RM 12.00

Nota Hati Seorang Lelaki

uku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Penulis        :  Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog :  TBBK 1112
         HARGA        :  RM 20.00

Pemilik Cintaku

Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadapa Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Penulis        :  Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog :  TBBK 1111
          HARGA        :  RM 12.00

Zikir Pagi, Petang & Selepas Solat (Jawi)

Buku kecil ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT ini merupakan buku panduan bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja. Malah mudah pula dikeluarkan untuk dibaca pada bila-bila masa termasuk zikir atau wirid yang lazimnya dilakukan selepas solat fardu lima waktu.

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Zikir daripada al-Quran, Zikir daripada sunah Rasulullah SAW dan Zikir selepas solat.

Penulis        :  Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman
Kod Katalog :  TBBK 1110
          HARGA        :  RM 4.00,

Rahsia Cemerlang Di IPT

 
 
Buku ini merupakan ringkasan daripada buku “Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang”. Tip dan amalan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan santai. Sebuah yang “MESTI BACA” oleh pelajar IPT atau anda yang akan menjejakkan kaki di menara gading. PERTEMPURAN baru di alam IPT tidak sama dengan perjuangan mendapatkan SPM di sekolah menengah. ‘Musuh’ yang dihadapi lebih ‘kejam’, ‘ganas’ dan ‘tangkas’. Lengkapkan diri anda ini dengan ‘senjata-senjata’ baru dan canggih, buku ini disusun sebagai combat-kit menghadapi ‘peperangan’ ini.

Penulis        :  Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Kod Katalog :  TBBK 1109
          HARGA        :  RM 9.00

Mantap Mengaji Kaedah al-Matien

Mengapa Anda Harus Menggunakan “Kaedah Al-Matien” Ini?
• Mengikut Format Rasm Uthmani.
• Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca.
• Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut.
• Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran.
• Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan.
• Pendekatan potongan ayat secara berperingkat.
• Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas.
• Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas.
• Penerangan ringkas dan padat.
• Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).

Penulis        :  Ustaz Zamri Mohd Zainuldin dan Ustaz Wahid Abd Hanif
Kod Katalog :  TBBK 1108
          HARGA        :  RM 17.00,

Zikir Pagi Petang & Selepas Sola

Buku kecil ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT ini merupakan buku panduan bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja. Malah mudah pula dikeluarkan untuk dibaca pada bila-bila masa termasuk zikir atau wirid yang lazimnya dilakukan selepas solat fardu lima waktu.
Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Zikir daripada al-Quran.
  2. Zikir daripada sunah Rasulullah SAW.
  3. Zikir selepas solat.
Kalau anda amalkan 15 hingga 20 minit setiap hari, dalam masa paling lama 3 bulan anda akan dapat menghafal dan menguasai zikir tersebut. Selepas itu anda tidak lagi memerlukan buku ini kerana anda telah dapat menghayatinya. Ketika itu anda tidak lagi membaca zikir tetapi anda berzikir dalam erti kata yang sebenarnya.

          Penulis        :  Dr. Abdul Basit
Kod Katalog :  TBBK 1107
           HARGA        :  RM 4.00

Hadis 40 Imam Nawawi

Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya. Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

Penulis : Haji Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK1106
Harga :RM 23.00

80 Eksperimen Sains Belakang Rumah




Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH merupakan eksplorasi terbaik bagi kanak-kanak berusia 8 - 15 tahun meneroka sains yang berkaitan tanah, air, udara dan cahaya. Peralatan yang digunakan sangat murah dan mudah didapati di sekeliling kita. Ketahui pelbagai penemuan menakjubkan melalui buku ini. Anda dan anak anda pasti jatuh cinta dengan sains setelah membaca buku ini!

Penulis        :  Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)
Kod Katalog :  TBBK 1104
          HARGA        :  RM 23.00,

Kamus Bergambar Pintar Soleh

• Memenuhi keperluan pembelajaran bahasa Arab pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.
• Panduan untuk pelancong atau pelajar ke negara-negara Arab.
• Disusun mengikut tema harian.
• Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni berdasar tema yang disusun secara sistematik bagi memudahkan pemahaman.
• Nilai tambah berupa ayat al-Quran, hadis, doa, zikir dan selawat mengikut topik untuk renungan dan amalan.
• Contoh ayat bahasa Arab untuk setiap kata kerja yang diberikan.
• Pecahan kata kerja (tasrif) bahasa Arab untuk kata kerja silam, masa kini dan arahan.
• Kaedah Tapak Tangan untuk pecahan kata kerja.
• Timbangan kata kerja dalam bahasa Arab berserta contoh kata kerja dan contoh ayat.
• Ucapan harian yang biasa diucapkan di kalangan orang Arab serta cara membalasnya.
• Padanan peribahasa Arab dengan peribahasa Melayu dan Inggeris.

Penulis        : 
1. Rohidzir Rais
2. Ahmad Hasan Mohd. Nazam
3. Ahmad Ridhwan Baharom
Kod Katalog :  TBBK 1103
         HARGA        :  RM 23.00

Perisai Muslim (Rumi)

Buku ini mengumpulkan bacaan doa dan zikir dari hadis sahih, hasan dan yang mempunyai sanad yang baik dan boleh diamal berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama’ hadis. Ia amat sesuai dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai perisai diri kerana buku ini menyediakan kebanyakan doa yang penting untuk kelengkapan diri. 
Penulis        :  Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf al-Qahtani Alih Bahasa: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Kod Katalog :  TBBK 1102
          HARGA        :  RM 17.00,

Terasing

11 tahun terpisah dengan sahabatnya Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua yang seakan-akan belum ditunaikan. Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dunia.
Penulis : HILAL
Kod Katalog : TBBK1101
          HARGA : RM 20.00

Rahsia Minda Hebat

• Buku ini memberi panduan untuk pelajar, remaja, ibu bapa, guru dan setiap individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri. • Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringkas, flashers, subtopik, quotation dan kisah. • Gambar rajah dan foto memberi gambaran yang lebih jelas tentang petua dan konsep. • Memaparkan rajah saintifik dan jadual yang memantapkan penerangan. • Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan. • Dapatkan juga fakta yang menarik lagi mengejutkan di dalam! • Kandungan terkini dan dimantapkan dengan fakta dan kajian yang lebih menarik untuk diamalkan.

Penulis        :  Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood & Hj. Muhammad Zakaria
Kod Katalog :  TBBK 1100
          HARGA        :  RM 26.00,

Kamus Al-Farid Arab-Arab-Inggeris-Melayu

• Kamus tri-bahasa ( bahasa Arab – bahasa Arab – bahasa Inggeris– bahasa Melayu ) dengan pendekatan terkini.
• Susunan entri mengikut abjad daripada “alif” hingga “ya” untuk memudahkan carian perkataan.
• Sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta orang awam.
• Mengandungi lebih daripada 50 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. • Mengandungi bacaan dalam solat, doa dan zikir harian.
• Mengenal nama, sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah.
• Mengenal nama negeri, kementerian dan institusi lain yang terdapat di Malaysia. 
 
Penulis        : 
1. Dr. Mohd Puhzi Usop – UIAM PJ
2. Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid – UIAM PJ
3. Norasmazura Muhammad - UIAM PJ
4. Marzidah Hashim - UIAM PJ
5. Raja Munirah Raja Sulaiman - UIAM PJ
Kod Katalog :  TBBK 1099
          HARGA        :  RM 50.00, CP : 16