Thursday, November 10, 2011

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia



Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.

Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.

Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa



Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu
seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Tidurnya Mereka 309 Tahun



Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang menjadi pusaka dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran.
Berbagai-bagai kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran menjadi iktibar kepada umat Islam, di antaranya ialah kisah Ashabulkahfi di dalam surah al-Kahfi. Surah ini dinamakan surah al-Kahfi kerana terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai Ashabulkahfi. Kisah penghuni-penghuni gua ini merupakan suatu mukjizat ketuhanan yang sangat hebat. Daripada kisah penghijrahan Ashabulkahfi ini, dua perkara yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita,

Aurat Mahkota Wanita



Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya.


Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam mengariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kemulian dan kehormatan wanita dijaga dengan baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yang akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksplotasi.

Islam Bukan Pada Nama



Dewasa ini, Islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di dunia. Perkembangannya bukan sahaja dapat dilihat di negara kita tetapi juga di tempat-tempat yang lain seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah, Asia dan Afrika. Salah satu faktor yang mendorong perkembangan pesat itu ialah kerana Islam
merupakan agama yang bersifat sejagat, sederhana dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Islam diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia tidak kira latar belakang keturunan, kedudukan dan kebudayaan. Salah satu petunjuk itu bermula dengan ayat pertama dalam Al-Quran yang menganjurkan manusia membaca. Makna daripada ayat itu cukup jelas dan menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia khususnya di kalangan umat Islam.

10 Hari Kebesaran Islam



Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.


Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi memperingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Rasa banggalah dengan Hari-hari Kebesaran Islam.

MRBK1055 10 Hari Kebesaran Islam
Rusydi Ramli Al-Jauhari
Harga: RM 16.90