Buku ini memfokuskan sorotannya kepada persoalan akhirat. Ia mengajak kita untuk cuba menjenguk misteri alam akhirat berpandukan wahyu yang diterima oleh Nabi besar Junjungan kita Muhammad SAW.
Buku setebal 190 halaman yang mengandungi 38 bab ini cukup jujur memunggah apa saja yang berkaitan dengan alam yang sama-sama kita akan berada tidak lama lagi. Dengan perbincangan Mashyar yang detail, buku ini mengembangkan sayap rahmahnya kepada hal-hal yang menyentuh persoalan berkaitan kehidupan seharian di dunia, yang mana akan di bawa ke Mahsyar.
Ia sebuah pengembaraan ilmu yang dipimpin oleh seorang yang arif, berpandangan jauh, ikhlas lagi bijaksana. Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah diantara segelintir ilmuan Islam yang layak ditumpangi suluh bimbingannya. Izinkan buku ini mengambil tempat dalam rak buku khalayak. Semoga kami tidak mengecewakan anda kerana ia membawa persoalan yang cukup penting untuk persiapan kita semua: bersiap-siap untuk ke sana.
Penulis : Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kod Buku : KPBK1006
Harga : RM17.00
No comments:
Post a Comment