Thursday, May 26, 2011

Fiqih Islam Wa Adilatuhu - Jld 1



Buku ini membahas aturan-aturan syariah Islamiyah yang disandarkan kepada dalil-dalil yang sahih baik dari Al-Qur’an, As-Sunnah mahupun akal. Oleh sebab itu, kitab ini tidak hanya membahas fiqih sunnah sahaja atau membahas fiqih berasaskan logik semata-mata.

Selain itu, karya ini juga mempunyai keistimewaan dalam hal mencakupi kaedah-kaedah fiqih dari semua mazhab, dengan disertai proses penyimpulan hukum (istinbaath al-ahkaam) dari sumber-sumber hukum Islam baik yang naqli mahupun aqli (Al-Qur’an, As-Sunnah dan juga ijtihad akal yang disandarkan kepada prinsip umum dan semangat tasyri’ yang otentik).


Pada jilid pertama ini, disajikan pembahasan mengenai seluk beluk fiqih antara lain erti fiqih dan keistimewaannya, sejarah ringkas tokoh-tokoh mazhab fiqih, peringkat-peringkat tokoh ahli fiqih, seluk beluk tentang niat dari sudut pandang fiqih, juga pembahasan utama mengenai Taharah dan solat.

Semoga karya Profesor Wahbah az-Zuhaili, ulama asal Syria ini dapat memberikan manfaat yang seluas-luasnya kepada umat Islam, khususnya bagi anda sekalian, para pembaca yang dirahmati Allah.

Penulis : Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
Kod Buku : MRBK1039
Harga : RM90.00

No comments:

Post a Comment