Wednesday, May 25, 2011

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik



Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik
. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.



Penuilis : Razali Saaran
Kod Buku : MRBK1005
Harga : RM19.90

No comments:

Post a Comment