Wednesday, May 25, 2011

La Tahzan Kerana Jodoh



“Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga lebih banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki”


Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.

Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak seumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini penulis, cuba menyelesaikan masalah mereka dengan member nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih.


Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1008
Harga : RM18.00

No comments:

Post a Comment