Tuesday, May 24, 2011

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam



Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri
ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad. Justeru, pendidikan bermula dari rumah
dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan para

ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang
disarankan Islam.
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi
aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi. Keenam-enam aspek ini perlu
difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi
memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan
ukhrawi.
Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem
pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan
awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak
pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Buku ini memberi fokus kepada
peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat,
lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Penulis : Mazidah Muhammad
Kod Katalog : PTSB1055
Harga :RM15.00

No comments:

Post a Comment