Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. Seseorang mungkin saja mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu. Tetapi, hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun semua ini diliputi oleh kepandaian manusia dalam membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya. Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut. Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya.
Memang benar, lidah adalah kayu pengukur untuk mengetahui isi hati tetapi lidah tidak bertulang dan tidak selalu dapat dipercayai. Realiti membuktikan, akibat lidah dapat menyebabkan peperangan antara negara. Lidah juga dengan kelunakan serta kepandaiannya juga mampu menghancurkan besi mahupun membakar dunia. Lantas, firman Allah memberi peringatan kepada setiap insan.
"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat.”
(Al-Baqarah: 204)
Penulis : Misbah Em Majidy
Kod Katalog : KPBK1018
Harga :RM19.00
No comments:
Post a Comment