Sunday, May 22, 2011

Ratib Kekasih Allah



Berzikir mendidik jiwa bagi kebahagiaan dan kesejahteraan.

Tanpa zikir kepada Allah, manusia dikuasai syaitan. Hati mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan sama ada secara sedar ataupun tidak, Allah berkata, "Syaitan menguasai dan mempengaruhi mereka menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah." (surah al-Mujadalah ayat 19). Hanya dengan berzikir kepada Allah, manusia boleh mendapat perlindungan. Manusia perlu sedar, mereka adalah hamba Allah. Jika perlukan perlindungan Allah, maka awasi diri sendiri dan ingati Allah sebanyak-banyaknya. Betapa banyak musibah dan bahaya yang menunggu setiap hari, malah setiap masa kita terus membiarkan diri terdedah dengan bahaya dan dosa. Hanya dengan mengingati Allah, Dia menyelamatkan kita daripada semua mara bahaya.

Ratib Kekasih Allah adalah himpunan wirid dan zikir yang selalu diamalkan oleh para kekasih Allah di kalangan para ulama dan wali Allah. Mengandungi terjemahan bagi menambah penghayatan, panduan dan kelebihan mengamal wirid-wirid yang dimuatkan. Turut disertakan CD audio bagi membantu pembaca mengikuti bacaan wirid pada setiap masa.


Ahmad Hasan bin Mohd Nazam dilahirkan pada tahun 1974 di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama al-Mashoor Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian di peringkat IV Thanawi di Madrasah al-Khairiah al-Islamiah di Seberang Perai Selatan. Seeterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat B.A Syariah dan Undang-undang di Universiti al-Azhar, Mesir. Di samping itu, beliau turut mengikuti pengajian secara tidak formal (talaqqi) dengan beberapa ulama di Mesir dan Syiria. Kini beliau menjawat jawatan sebagai editor di syarikat penerbitan di Shah Alam dan bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia.

Penulis : Ahmad Hasan Mohd Nazam
Kod Buku : PTSB1021
Harga : RM21.00

No comments:

Post a Comment