Saturday, May 21, 2011

Sabil al-Muhtadim

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah.
Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai.
Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.

Penulis : Datuk Hj. Hashim Yahya
Kod Buku : TBBK1172
Harga : RM26.00

No comments:

Post a Comment