Thursday, May 19, 2011

Indahnya Amalan Doa

Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan se­bagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pem­baca khasnya dan seluruh umat Islam am­nya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tu­lang belakang kepada ajaran akidah Islami­ah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadi­kan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang di­capai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
Penulis : Dato' Ismail Kamus
Kod Buku : TBBK1133
Harga : RM35.00

No comments:

Post a Comment