Thursday, November 10, 2011

Tidurnya Mereka 309 Tahun



Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang menjadi pusaka dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran.
Berbagai-bagai kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran menjadi iktibar kepada umat Islam, di antaranya ialah kisah Ashabulkahfi di dalam surah al-Kahfi. Surah ini dinamakan surah al-Kahfi kerana terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai Ashabulkahfi. Kisah penghuni-penghuni gua ini merupakan suatu mukjizat ketuhanan yang sangat hebat. Daripada kisah penghijrahan Ashabulkahfi ini, dua perkara yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita,


Pertama – Iman hendaklah dijaga dan dipelihara.
Kedua – Jangan sekali-kali bersama dengan masyarakat jahiliah di dalam keadaan tidak berilmu kerana mungkin ianya akan memesongkan kita daripada ajaran Allah SWT.

Harapan moga-moga sumbangan ini dikurniakan ikhlas, dijauhkan sifat riyak, ujub dan suma’h seterusnya menjadi ilmu yang bermanfaat.

MRBK1046 Tidurnya Mereka 309 Tahun
Abdul Fatah Zakaria
Harga: RM 20.00

No comments:

Post a Comment